Monday, December 10, 2018

ATASI KEDUTAN SEBELUM WAKTU

Tiada siapa yang boleh lari daripada kesan penuaan.Walaupun kini ramai beralih kepada penggunaan kaedah mkden dan pantas untuk menyembunyikan atau menghilangkan kedutan,ada juga wanita yang tampak lebih tua daripada usia sebenar meskipun pelbagai produk kecantikan dilumur pada wajah setiap malam.

Mari semak beberapa soal jawab mengenai isu ini.

1.Adakah menggunakan krim pelembap boleh membantu menyembunyikan kedutan pada wajah?

YA.Pakar Dermatologi mencadangkan penggunaan krim pelembap untuk mengatasi kedutan halus dan menyerlahkan lagi wajah tanpa cela yang tidak diingini.
       Pelembap yang bagus mampu melindungi kulit daripada kekeringan (bahagian luar) yang menyebabkan berlakunya kedutan pada wajah.
       Hari ini,terdapat banyak produk kecantikan di pasaran yang menjanjikan pengurangan kedutan dalam tempoh 24 hingga 48 jam selain pelembap sebagai bahan utamanya.

2.Apakah PUNCA UTAMA kedutan?Adakah disebabkan oleh penuaan,merokok,pendedahan kepada cahaya matahari atau tidak lembap?

PENDEDAHAN KEPADA CAHAYA MATAHARI.Pendedahan dalam tempoh yang lama kepada sinar ultra ungu (UV) boleh menyebabkan berlakunya proses penuaan dengan lebih cepat.Ia turut menyebabkan kedutan dan perubahan tona warna pada kulit.
      Dalam hal ini,memakai krim pelindung UV dan menghindari daripada terdedah secara terus kepada sinar matahari adalah cara terbaik untuk mencegah kedutan.NAMUN,TIDAK RAMAI YANG MAMPU MELAKUKANNYA.
      Jadi,menggunakan krim pelindung sinar matahari ( yang turut melindungi dari pancaran UVB dan memberi perlindungan SPF30 atau lebih ) setiap hari adalah cara paling efektif untuk melindungi kulit anda,sekaligus memastikan ia kekal kelihatan muda remaja.

3. Benarkah anda tidak perlu memakai krim pelindung UV sekiranya berada dalam bangunan hampir sepanjang hari?

TIDAK. Walaupun hanya terdedah sebentar saja kepada sinar matahari namun kulit tetap berisiko mengalami proses penuaan selain turut meningkat risiko penyakit barah,
         Jika berada sebentar sahaaj diluar bangunan untuk memandu kereta contohnya,bedak asas mekap atau menyapu krim pelembap yang mengandungi perlindungan matahari SPF sudah memadai.
         Begitupun,bagi yang sering duduk berhampiran tingkap kenderaan,sinar UV yang menyebabkan penuaan boleh menembusi cermin tingkap.
         Hanya produk yang menawarkan perlindungan SPF30 atau lebih sahaja yang mampu melindungi kulit daripada proses penuaan awal atau barah.

4. Yang mana satu antara bahan berikut , RETINOIDS,ASID ALFA-HIDROKSI atau ASID AZELAIK dapat membantu menjadikan kulit kelihatan lebih muda?

SEMUA.Produk yang mengandungi retinoids,asid alfa hidroksi atau asid azelaik dipercayai dapat merawat tanda penuaan dan menjadikan kulit kelihatan lebih muda.
             Retinoids daripada vitamin A boleh membantu membalikkan perubahan proses penuaan manakala asid azelaik dan alfa hidroksi berupaya menggelupas kulit untuk mencerahkan tona warnanya dengan sekata.

5.Benarkah tompokan pada kulit itu boleh menjadi penunjuk kepada barah kulit?

YA. Berhati-hati supaya tidak terlepas pandang sebarang perubahan pada kulit.Apa yang anda mungkin percaya sebelum ini adalah antara tanda penuaan adalah masalah MELANOMA atau pelbagai jenis penyakit barah kulit lain.
            Jadi,jika muncul tompokan yang membuatkan hati anda runsing,disarankan pergilah berjumpa pakar kulit atau dermatologi untuk mendapatkan maklumat tepat.Jika ia adalah tanda barah,anda boleh menjalani rawatan secepat mungkin.
           Sebarang tanda penuaan yang tidak berkaitan dengan penyakit barah biasanya boleh dihilang atau dicerahkan dengan produk peluntur kulit,

6.Pada usia berapakah kedutan boleh muncul di wajah perokok khususnya wanita?

SEAWAL USIA 20TAHUN bagi mereka yang merokok pada usia remaja.Maklumat ini mungkin mengejutkan tetapi anda perlu ketahui kesan asap rokok itu sebenarnya agak drastik.
             Kajian yang dilakukan sekumpulan pakar menunjukkan bahawa kedutan boleh muncul pada awal 20-an.Lebihn awal anda merokok,lebih cepatlah berlakunya kedutan pada wajah.Perokok tegar akan mempunyai lebih kedutan pada wajah mereka.
              Namun kajian mendapati mereka yang berhenti merokok menunjukkan kedutan yang berkurangan.Selain itu,tona kulit wajah mereka juga turut menjadi lebih baik berbanding sebelumnya.

7. Apakah perokok wanita lebih mendapat kedutan yang lebih banyak disekeliling mulut berbanding lelaki?

YA. Wanita akan menapat kedutan yang lebih banyak dan dalam di sekitar bibir berbanding lelaki.Berdasarkan kajian yang dilakukan di Belanda,lelaki mempunyai lebih banyak kalenjar peluh dan aliran darah yang lebih baik di sekitar mulut.Mungkin inilah yang menyebabkan mengapa perokok lelaki kurang mengalami kedutan berbanding perempuan.

8.Adakah menaggalkan solekan mata akan menyebabkan kedutan?

TIDAK. Menggosok kelopak mata untuk menanggalkan maskara dan celak tidak akan menyebabkan kedutan pada wajah.
          Bagaimanapun,jika anda tidak menanggalkan solekan berkenaan,kulit pula akan mengalami keradangan sementara yang akan menyebabkan kulit nampak berkedut.
          Begitu juga jika anda termasuk dalam golongan yang kerap tidur tanpa membersihkan solekan di wajah.
          Tidur dengan muka penuh solekan tidak akan membuatkan kulit berkedut bagaimanapun anda perlu ingat ia bukanlah tabiat yang baik.
          Ini kerana sesetengah alat solek boleh menyebabkan pori tersumbat dan perkara ini akan mendekatkan anda dengan masalah JERAWAT.
          Percayalah,kulit ayng disinggahi masalah jerawat akan tampak lebih berusia dan tua berbanding kulit yang mulus dan licin.


KREDIT INFO:
keratan akhbar
HARIAN METRO
edisi rabu,21 november 2018