Tuesday, February 26, 2019

2019 TAHUN PERUBAHAN ATAU MASIH DITAKUK LAMA??
AZAM TAHUN NI MASIH SAMA ATAU ADA PENAMBAHAN?
DAH MULA BUAT PERSIAPAN UNTUK CAPAI TARGET YANG DIINGINI?



Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...Masih sempat juga siti nak ucapakan selamat tahun baru.semoga azam dan target tahun ni dapat tercapat sekurangnya separuh daripada listing panjang korang k.

Apa khabar? siti harap semua sihat-sihat belaka ye.Kebelakangan ni cuaca sangatlah panas.Nasihat siti,banyakkan minum air masak/air mineral ye sebelum terhidrat.jadikan air masak/air mineral teman baik anda sepanjang waktu.

Siti sendiri air masak ada je dimana siti berada..Sana sini ada botol air masak.Hatta keluar g kedai sekejap pun mesti kepit satu botol air masak.Kalau kurang minum nanti rasa kering tekak,dan mulalah kepala jadi pening.

Boleh nak minum air manis,tapi mesti bilas semula dengan air masak.sebelum buah pinggang beri isyarat nak air untuk "dikincirkan".Apa isyarat-isyarat yang akan buah pinggang bagi?Antaranya;
1.telinga berdesing(bukan orang ngumpat ye,tapi buah pinggang mintak air)
2.jika diabaikan,mulalah diberi rasa sakit pada pinggang,telinga makin kuat berdesing.
3.tekak makin haus dan kering
4.kepala makin pening lalat dan badan mula tak bermaya


seperti mana enjin kereta kalau tak diisi minyak,boleh naik suhu enjin,enjin mula panas.Macam tu juga sistem dalaman kita.

jadi,sayangi badan kita..jagalah amanah tuhan sebaiknya.pernah dengar tak pepatah ada sebut,(pepatah atau ayat motivasi siti pun tak tau),bunyi nya macam ni"mencegah lebih baik daripada merawat" atau dalam bahasa omputeh nya "prevent better than cure"(kalau salah maaflah ye,siti b.i tak A pun,heheheh)

Sebelum pelbagai penyakit datang menyerang disaat kita perlukan tenaga yang banyak untuk menyiapkan tugasan seharian,lebih baik kita jaga kesihatan sehabis baik.Jalani kehidupan yang sihat dan kurangkan stress k!

okay..ini sahaja dulu siti coretkan sebagai pembuka kata untuk tahun 2019.
Stay tuned!
Banyak lagi info-info yang akan siti selongkar dan bongkarkan berkaitan dunia kecantikan dan kesihatan.

Siti kekurangan kakitangan untuk update di blog..Tapi siti akan cuba sedaya upaya,selgi hayat dikandung badan untuk siti kongsikan seberapa banyak tips yang siti dapat untuk tatapan pembaca.

banyak benda yang nak siti share kat sini,tapi tugas sebagai seorang ibu,isteri,wanita bekerjaya memerlukan komitmen yang tinggi dan siti kena susun masa betul-betul agar semua berjalan seiring.

Terima kasih kerana setia membaca coretan siti disini..Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji bolehlah cari siti di fb/ig Zaira Beauty Therapy.