Sunday, September 12, 2021

NAK JADI SEBAHAGIAN DARIPADA FAMILY ZAIRA BEAUTY DAN DAPATKAN HADIAH MISTERI MELALUI MATA GANJARAN TERKUMPUL??


Assalammualaikum.Selamat sejahtera kepada semua pembaca blog zaira beauty therapy.

Alhamdulillah,sedar tak sedar tahun ni bulan 11 nanti genaplah usia 5tahun Zaira Beauty Therapy dalam bidang kecantikan dan kesihatan ni.

Untuk itu,bagi meraikan dan menghargai kesetiaan anda sebagai salah satu cara support moral bisnes kecilan saya ini,saya ingin memberikan sesuatu istimewa untuk anda pembaca blog ini.

Jika anda tinggal berdekatan sekitar seremban,keberuntungan sentiasa berpihak kepada anda.Dimana smbil anda join sebagai Family Zaira Beauty,anda dapat kumpulkan nilai mata ganjaran yang akan kami berikan berdasarkan kepada jenis rawatan yang anda buat pada waktu yang telah dijanjikan.

Tapi sebelum tu,anda diminta untuk mengisikan persetujuan anda untuk menjadi Family Zaira Beauty.

Link form telah saya berikan seperti yang tertera dibawah.Andai kata,anda masih gagal untuk masuk ke pautan link dibawah ini,anda boleh terus email kepada saya dan saya akan sharekan terus link form ni kepada anda.

PENDAFTARAN FAMILY ZAIRA BEAUTY: https://form.jotform.com/212475645022451


Jika gagal untuk masuk ke link diatas,email kepada saya:

sitizaira90@gmail.com


Insya  Allah,semoga saya dapat berikan yang terbaik servis rawatan muka kepada anda dimasa akan datang😀




Saturday, February 13, 2021

DAH MASUK TAHUN 2021 PUN,MASIH NAK NAK TUNGGU ATAU NAK MULAKAN SEKARANG?

      Assalammualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca blog Zaira Beauty Therapy.


    Siti harapkan semua dalam keadaan sihat,ceria,bahagia dan tenang.Kerana kita masih lagi di dala keadaan yang sangat merisaukan.Menggugat segala perkara termasuk aktiviti sosial dan ekonomi.


    Dah masuk pkp 2.0 dah kita kan? Dugaan untuk semua,tak terkecuali siti.Februari dah,tapi ekonomi spa masih belom boleh beroperasi.doa doa lah untuk kami dari industri spa boleh beroperasi seperti biasa semula.Siti pun dah rindu nak bersua muka dengan semua pelanggan siti tak kira yang jauh atau yang dekat.Siti pun tak sabar ni nak belai muka para wanita semua.Para lelaki,sila cari isteri anda ye.Yang belom halal,jangan cari!biase dia;)


    Okay,pkp,pkpp,pkpb,pkpd semua dah rasa.dan tetap tak boleh jumpa orang tanpa pakai face mask kan?

    Berapa lama boleh tahan muka tu tak diservis dengan betul kan??

    Tapi berapa kuat pulak semangat anda untuk tetap fokus dengan target anda untuk dapatkan target #clearskin #glassskin tu?


    Kenapa boleh jadi macam tu? sebab tak jumpa kawan kawan? sebab tak jumpa sedara mara? then kena ubah mindset tu akak akak semua.


    Then,bila dapat bersua muka dengan kawan kawan,kulit mereka maintain cantik bersih gebus glowing.Mulalah persoalan nya tu"pakai ape sekarang?"

    Dan kita pun hegeh hegeh jugak mula menyental tak tentu arah kat muka.Apa yang kawan pakai kita pun gedik gedik jugak dok sental.Masuk ini masuk itu.Lepas tu breakout lagi teruk??


    Dan menggelabah,call beautician sana sini dan buat soalan cepumas pada kami,

 "Macam mana nak dapatkan kulit bersih balik?saya nak kulit mcm duli.takde masalah bersih je.sebiji jerawat pun takde naik.sebiji parut pun takde kat muka.sejak ikot kawan pakai produk xyz tros mkin terok lak muka ni,tengok kawan tu pakai ok je.npe akk pki jdi makin mak lampir lak ni.sampai suami tegur!BILA AGAKNYA SAYA BOLEH DAPAT KULIT LICIN?SEBELUM PUASA BOLEH TAK?SEBELUM RAYA BOLEH DAPAT TAK?"


    Bila suami dah tegur baru nak dengar nasihat orang lain kan?baru cari beautician kan? baru nak percaya kena pakai produk yang selamat kan?baru percaya kena buat treatment yang bersesuaian dengan masalah muka kan?


    Jangan tanya pada kami macam mana,bagaimana dan bila pada kami sebagai beautician tapi kena tanya diri sendiri "bila aku nak mula repair skin ni balik?"

    siti rasa dah banyak kali siti ulang.tapi takpe kita ulang lagi ye.

    Nak dapatkan target #clearskin #glassskin bukn semudah petik jari,bukan semudah 3 hari guna kulit dah berkilat.Nak cepat tapi lepas tu stop jadi rentung dah menggelabah terok.Tak percaya produk slow motion macam kat drugstore tu.Tak boleh nak sabar sebab kawan pakai kulit dah putih cerah berkilat towing towing.Tak nak pakai produk slow tapi nak yang cepat dapat result tapi tak nak yang berbahaya.

macam mana tu? nampaknya kena bikin sendiri lah kak produk yang akak nak tu.hehe :D


The moral is,bukan macam mana nak dapatkan #clearskin #glassskin tapi tepuk dada,tanya pipi tu," bila aku nak mulakan langkah pertama untuk dapatkan semula kulit yang sihat,bebas masalah sekarang dan pada masa akan datang.


dah dapt jawapan? so,apa tunggu lagi.lets together to get your target!!