Monday, August 7, 2023

MERDEKA PROMOTION 2023 IS OPEN NOW!

MERDEKA PROMOTION 2023 IS OPEN NOW!


Assalammuaikum semua...

Masha Allah,dah lama tak update dekat sini ya.Jarang sekali nak bukak laptop sekarang.Nak menaip dekat blog guna handphone sangatlah terhad dan tak best.heee


Apa khabar semua? Siti harap semua makin membaik,sementelah dari 3tahun sudah kita berdepan dengan pandemik.Sekarang pun dah endemik.Semoga kalian tetap maintain jaga kesihatan,nak sekarang tak habis lagi dengan pelbagai penyakit selepas covid-19.stay safe ok?


Baiklah,Siti sebenarnya nak sharekan promotion bulan ni.Sempena dengan bulan Kemerdekaan yang akan kita sambut tak lama lagi,Siti juga berbesar hati nak mengadakan promosi Merdeka,dimana anda akan dapat 2 rawatan dengan 1harga yang terlajak menjunam murahhh...

Bagi yang tinggal berdekatan sekitar senawang atau seremban,boleh terus whatsapp siti untuk booking appoinment ye.


Kenapa GUA SHA & DERMAPLANE pilihan untuk di kombo kan?


Rawatan Gua Sha di Zaira Beauty Therapy sudah tidak asing lagi kerana rawatan ini menjadi pilihan ramai wanita bekerjaya,yang ingin maintain jaga penampilan.Rawatan Guasha ni sangat unik kerana siti menitikberatkan penjagaan dalaman secara semulajadi.

Gabungan rawatan dengan DERMAPLANE pula akan memberikan hasil maksimal dimana lepas rawatan,anda terus dapat result GLOWING,AURA SERI TERPANCAR JELAS,PLUMPING dan membuatkan si pemilik merasakan luar biasa keadaan kulit muka mereka sejurus bangun dari katil facial.

Agak payah juga siti nak explain feel dia bila buat combo facial ni.Namun,apa yang siti boleh katakan,combo facial ni antara top facial di Zaira Beauty Therapy selain daripada facial DERMAPEN.

Ayat mudahnya lagi,bila anda dah rasa sekali buat gua sha dan dermaplane,nak tunggu sebulan untuk next session menjadi tak sabar.Sebab? Tak sabar nak dapatkan hasil selepas bangkit dari katil facial.

Boleh bayangkan tak feelnya tu?

Nak lebih bagi rasa feel tu,siti share kan lagi feedback regular customer siti yang dah lebih dari 3kali buat guasha dan dermaplane.Dan dah pun merata buat facial di spa lain,tapi pusing semula ke Zaira Beauty Therapy.


Namun,maaf beribu maaf.Siti masih mengekalkan konsep RAWATAN UNTUK MUSLIMAH SAHAJA.Means,siti tak buat rawatan muka untuk kaum adam.HANYA UNTUK KAUM WANITA SAHAJA YA.


Dan siti nak sharekan lagi,bahawasanya spa ZAIRA BEAUTY THERAPY juga dah tersenarai di dalam website salons10.Disini siti sharekan sekali link salons10 bagi memudahkan pencarian kalian,okay?

https://www.salons10.com/MY/Seremban/100727512616065/Zaira-Beauty-Therapy


Siti tak pasti sama ada siti ada sharekan kesedihan siti berkenaan kehilangan FB PAGE,IG ZAIRA BEAUTY THERAPY yang  asal,fb personal lagilah kena telan.huuu.Segala aktiviti kerja siti dalam tu hilang semuanya.Sekarang dah taubat lahum nak link kan semuanya menjadi satu.Siti berbesar hati kiranya pembaca setia blog siti ni untuk follow dan like FB PAGE Zaira Beauty Therapy yang baru ni semula:

https://www.facebook.com/ZairaBeautyTherapySenawang/


Last but not least,siti ucapkan terima kasih daun keladi kerana sudi membaca coretan siti disini.Insya Allah,ada kelapangan lagi siti akan bersua lagi.


Assalammualaikum.