Saturday, February 13, 2021

DAH MASUK TAHUN 2021 PUN,MASIH NAK NAK TUNGGU ATAU NAK MULAKAN SEKARANG?

      Assalammualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca blog Zaira Beauty Therapy.


    Siti harapkan semua dalam keadaan sihat,ceria,bahagia dan tenang.Kerana kita masih lagi di dala keadaan yang sangat merisaukan.Menggugat segala perkara termasuk aktiviti sosial dan ekonomi.


    Dah masuk pkp 2.0 dah kita kan? Dugaan untuk semua,tak terkecuali siti.Februari dah,tapi ekonomi spa masih belom boleh beroperasi.doa doa lah untuk kami dari industri spa boleh beroperasi seperti biasa semula.Siti pun dah rindu nak bersua muka dengan semua pelanggan siti tak kira yang jauh atau yang dekat.Siti pun tak sabar ni nak belai muka para wanita semua.Para lelaki,sila cari isteri anda ye.Yang belom halal,jangan cari!biase dia;)


    Okay,pkp,pkpp,pkpb,pkpd semua dah rasa.dan tetap tak boleh jumpa orang tanpa pakai face mask kan?

    Berapa lama boleh tahan muka tu tak diservis dengan betul kan??

    Tapi berapa kuat pulak semangat anda untuk tetap fokus dengan target anda untuk dapatkan target #clearskin #glassskin tu?


    Kenapa boleh jadi macam tu? sebab tak jumpa kawan kawan? sebab tak jumpa sedara mara? then kena ubah mindset tu akak akak semua.


    Then,bila dapat bersua muka dengan kawan kawan,kulit mereka maintain cantik bersih gebus glowing.Mulalah persoalan nya tu"pakai ape sekarang?"

    Dan kita pun hegeh hegeh jugak mula menyental tak tentu arah kat muka.Apa yang kawan pakai kita pun gedik gedik jugak dok sental.Masuk ini masuk itu.Lepas tu breakout lagi teruk??


    Dan menggelabah,call beautician sana sini dan buat soalan cepumas pada kami,

 "Macam mana nak dapatkan kulit bersih balik?saya nak kulit mcm duli.takde masalah bersih je.sebiji jerawat pun takde naik.sebiji parut pun takde kat muka.sejak ikot kawan pakai produk xyz tros mkin terok lak muka ni,tengok kawan tu pakai ok je.npe akk pki jdi makin mak lampir lak ni.sampai suami tegur!BILA AGAKNYA SAYA BOLEH DAPAT KULIT LICIN?SEBELUM PUASA BOLEH TAK?SEBELUM RAYA BOLEH DAPAT TAK?"


    Bila suami dah tegur baru nak dengar nasihat orang lain kan?baru cari beautician kan? baru nak percaya kena pakai produk yang selamat kan?baru percaya kena buat treatment yang bersesuaian dengan masalah muka kan?


    Jangan tanya pada kami macam mana,bagaimana dan bila pada kami sebagai beautician tapi kena tanya diri sendiri "bila aku nak mula repair skin ni balik?"

    siti rasa dah banyak kali siti ulang.tapi takpe kita ulang lagi ye.

    Nak dapatkan target #clearskin #glassskin bukn semudah petik jari,bukan semudah 3 hari guna kulit dah berkilat.Nak cepat tapi lepas tu stop jadi rentung dah menggelabah terok.Tak percaya produk slow motion macam kat drugstore tu.Tak boleh nak sabar sebab kawan pakai kulit dah putih cerah berkilat towing towing.Tak nak pakai produk slow tapi nak yang cepat dapat result tapi tak nak yang berbahaya.

macam mana tu? nampaknya kena bikin sendiri lah kak produk yang akak nak tu.hehe :D


The moral is,bukan macam mana nak dapatkan #clearskin #glassskin tapi tepuk dada,tanya pipi tu," bila aku nak mulakan langkah pertama untuk dapatkan semula kulit yang sihat,bebas masalah sekarang dan pada masa akan datang.


dah dapt jawapan? so,apa tunggu lagi.lets together to get your target!!



Tuesday, July 28, 2020

WOW!!! JERAGAT BOLEH PUDAR TANPA PERLU DARAHKAN KULIT?? BETUL KE???


Assalammualaikum semua. 
Apa khabar? siti harap semua baik baik sahaja.
Jangan lupa kita belum menang lagi dalam peperangan wabak covid19.

Seperti sedia maklum bagi follower yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini page ZAIRA BEAUTY THERAPY,kami menitik beratkan S.O.P yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.

Kerana itu,kami masih menitikberatkan TEMUJANJI untuk rawatan di spa kami.


Baiklah.Untuk pengetahuan semua,kami telah melancarkan satu(1) rawatan TERBARU dan TERKINI  yang berasaskan "AIR BERUBAT".Apa yang menariknya,kandungan dalam " air berubat" ini mampu MEMBERSIHKAN,MERAWAT,MEMULIHKAN liang pori yang tersumbat dari kotoran dan debu.Bukan tu je,kandungan dalam "air berubat" juga mampu merawat masalah yang melanda kaum wanita 
- JERAGAT-.Menarik kan??

Tu je ke air tu mampu buat???

Ehhh,saya tak cerita habis lagiii.Ada lagi.

Tahukah anda?

Setiap hari kulit akan kehilangan 0.5liter air.
81% wanita mengalami masalah kulit kasar,kusam dan pori besar.
95% wanita mengidamkan produk penghidratan yang benar-benar berkesan.

Berdasarkan kepada pusat penyelidikan penjagaan kulit antarabangsa,98% wanita menghadapi masalah kekurangan air, walau apa pun penyebabnya,masalah umur dan kulit semuanya berdasarkan pada penghidratan. 

Hydrafacial merupakan rawatan muka berteknologi terkini "tanpa downtime", "instant result",tidak sakit dan tidak meninggalkan iritasi pada kulit malah membuatkan kulit jadi lembut,sihat dan halus.

KELEBIHAN HYDRAFACIAL
✅sesuai untuk semua jenis kulit(remaja hingga dewasa)
✅merawat blackhead & whitehead
✅mengurangkan garis halus
✅️menganjalkan kulit
✅menyekatakan tona kulit,kulit kering,bekas jerawat & pigmentasi
✅Pembersihan lebih mendalam liang pori berbanding rawatan dermabrassion yang biasa

TIDAK SESUAI BAGI MEREKA:
⛔yang memiliki masalah jerawat aktif yang kronik
⛔wanita hamil & menyusu badan
⛔baru lepas melakukan chemical peeling(laser)
⛔sedang mengalami luka pada kulit⛔kulit sedang "sunburn"/iritasi/alergi



Haaaa...jom kita tengok sikit testimoni yang dah berjaya merawat masalah kulit mereka melalui rawatan terbaru dari ZAIRA BEAUTY THERAPY.