Thursday, October 3, 2019

KENAPA MUKA BURN / TERBAKAR / KULIT TAK SEKATA LEPAS BUAT DERMAPEN?? ADA PANTANG LARANG PENJAGAAN KE?


Assalammualaikum,salam selamat sejahtera pembaca semua.

Dah lama tak bersiaran disini.Siti banyak aktif di fb,ig dan whatsapp je sekarang ni.Kesini kena guna komputer baru boleh menaip.hehe

Okay tak nak cerita panjang,dah lama siti nak share kan tentang penjagaan yang betul lepas downtime dermapen tu.

Apa tu dermapen??Dermapen ade downtime ek?teruk tak?berapa lama ye?Okay nak tau lebih lanjut kena baca entri ni sampai habis.

Rawatan dermapen-rawatan alternatif selepas rawatan laser untuk merawat masalah muka yang tidak dapat diselesaikan dengan hanya pemakaian produk kecantikan,supplemen untuk kulit dan lain-lain.

Namun,rawatan dermapen ini akan berlaku "downtime" lepas sehari selepas buat rawatan ni.Kebiasaan nya downtime ni bermula pada hari ketiga lepas facial dan akan berakhir pada hari ke 5.Walau bagaimanapun,tindak balas berbeza mengikut pembawaan badan masing-masing.Namun kita beri anggaran selama seminggu waktu downtime ini berlangsung.

Jadi,untuk bagi keberkesanan rawatan dermapen ni,sepanjang tempoh downtime ni(7hari),siti lebih senang dan selesa untuk anda menjalani tempoh BERPANTANG supaya proses downtime pemulihan kulit ini berjalan dengan lancar dan memberikan keputusan yang lebih baik sehabis sahaja habis tempoh berpantang tu.

Ermm,dengar macam rumit je kan?tak rumit mana pun kalau ikut betul guideline yang siti berikan tu.Macam mana orang nak kurus,ade pantang nya jugak kan?Macam tu jugak nak cantik.

Boleh tengok sendiri testimoni-tesmoni yang siti dah bantu mereka dalam masalah parut jerawat,kusam,tona tak sekata,chicken pox,parut hitam jerawat dan macam-macam masalah muka yang lain.Dengan izin Allah dan atas kepercayaan yang mereka berikan pada siti,semua masalah yang siti nyatakan ni dapat diatasi dengan jayanya.

Namun,semua ni takkan terjadi tanpa kerjasama daripada pihak anda jugak ye.Okay,sepanjang tempoh downtime ni,anda tak boleh menggunakan mekap,tak boleh guna skincare yang anda pakai sekarang ni dan juga tak boleh guna produk yang mengandungi bahan vit c atau citric acid/bahan yang mengandungi alcohol.Jika untuk pemakaian harian,kandungan ni memang boleh pakai dan kandungan ni membantu merawat kulit tak sekata,mencerahkan kulit dan boleh mengecutkan liang pori dan jerawat.Tapi,waktu downtime ni,kulit tersangatlah sensitif dan perlukan penjagaan rapi.

"Habis tu,saya nak pakai apa nanti ni?Semua tak boleh.Saya pergi ke tempat lain tak ada pun dia bagitau ini tak boleh itu tak boleh."

Setiap terapis dan setiap tempat spa berbeza cara nya.Macam anda pergi klinik kesihatan.Doktor nya semua sama ke?

Dalam tempoh downtime ni,anda WAJIB pakai sunblock spf yang paling tinggi sebelum keluar rumah dan tak boleh terdedah lama bawah matahari kalau tak nak kulit burn.Memang jadi vampire lah ye.hehe.dan sunblock yang paling sesuai anda boleh pakai adalah sunblock cetaphil light gel dan sunscreen cerave sahaja.yang lain-lain tak boleh.Sebab dua produk ni je yang boleh pakai untuk kulit sensitif dan waktu downtime tu kulit memang tengah sensitif kan.Yang lain-lain ada kandungan vit c/citric acid dan bahan asid yang lain.kalau pakai juga,kulit akan nampak macam burn dan akan tinggalkan tanda lepas dah habis downtime tu.Tak seronok kan dengarnya?Jadi,dengarlah nasihat siti.heee

Jadi,setiap kali anda datang ke spa saya untuk membuat rawatan dermapen,siti memang akan menitikberatkan soal penjagaan dirumah(after care) dan waktu downtime tu,Kalau anda ikut betul dan baca dengan teliti surat persetujuan tu,siti percaya anda akan berpuas hati lepas habis peeling tu.Kalau orang lain boleh,kenapa tidak anda?

Surat perjanjian??surat ape tu?

Ya.siti akan bekalkan satu surat perjanjian syarat untuk buat dermapen ni dan dipersetujui kedua belah pihak(pihak anda dan pihak siti).Bermakna tak semua orang sesuai untuk buat dermapen ni ye.Dan di dalam surat tu pun siti ada nyatakan sekali penjagaan waktu dirumah(after care) beserta sebotol serum ikut masalah kulit anda waktu rawatan dermapen berlangsung untuk dipakai dirumah.


Okaylah,ini sahaja yang dapat siti bagi gambaran secara rawak pantang larang yang perlu dititik beratkan bagi rawatan demapen kalau nak dapatkan result yang gempak!

nak tengok testimoni terkini,boleh layari :

FB PAGES : Zaira Beauty Therapy
INSTAGRAM : Zaira_beauty_therapy