Thursday, October 3, 2019

KENAPA MUKA BURN / TERBAKAR / KULIT TAK SEKATA LEPAS BUAT DERMAPEN?? ADA PANTANG LARANG PENJAGAAN KE?


Assalammualaikum,salam selamat sejahtera pembaca semua.

Dah lama tak bersiaran disini.Siti banyak aktif di fb,ig dan whatsapp je sekarang ni.Kesini kena guna komputer baru boleh menaip.hehe

Okay tak nak cerita panjang,dah lama siti nak share kan tentang penjagaan yang betul lepas downtime dermapen tu.

Apa tu dermapen??Dermapen ade downtime ek?teruk tak?berapa lama ye?Okay nak tau lebih lanjut kena baca entri ni sampai habis.

Rawatan dermapen-rawatan alternatif selepas rawatan laser untuk merawat masalah muka yang tidak dapat diselesaikan dengan hanya pemakaian produk kecantikan,supplemen untuk kulit dan lain-lain.

Namun,rawatan dermapen ini akan berlaku "downtime" lepas sehari selepas buat rawatan ni.Kebiasaan nya downtime ni bermula pada hari ketiga lepas facial dan akan berakhir pada hari ke 5.Walau bagaimanapun,tindak balas berbeza mengikut pembawaan badan masing-masing.Namun kita beri anggaran selama seminggu waktu downtime ini berlangsung.

Jadi,untuk bagi keberkesanan rawatan dermapen ni,sepanjang tempoh downtime ni(7hari),siti lebih senang dan selesa untuk anda menjalani tempoh BERPANTANG supaya proses downtime pemulihan kulit ini berjalan dengan lancar dan memberikan keputusan yang lebih baik sehabis sahaja habis tempoh berpantang tu.

Ermm,dengar macam rumit je kan?tak rumit mana pun kalau ikut betul guideline yang siti berikan tu.Macam mana orang nak kurus,ade pantang nya jugak kan?Macam tu jugak nak cantik.

Boleh tengok sendiri testimoni-tesmoni yang siti dah bantu mereka dalam masalah parut jerawat,kusam,tona tak sekata,chicken pox,parut hitam jerawat dan macam-macam masalah muka yang lain.Dengan izin Allah dan atas kepercayaan yang mereka berikan pada siti,semua masalah yang siti nyatakan ni dapat diatasi dengan jayanya.

Namun,semua ni takkan terjadi tanpa kerjasama daripada pihak anda jugak ye.Okay,sepanjang tempoh downtime ni,anda tak boleh menggunakan mekap,tak boleh guna skincare yang anda pakai sekarang ni dan juga tak boleh guna produk yang mengandungi bahan vit c atau citric acid/bahan yang mengandungi alcohol.Jika untuk pemakaian harian,kandungan ni memang boleh pakai dan kandungan ni membantu merawat kulit tak sekata,mencerahkan kulit dan boleh mengecutkan liang pori dan jerawat.Tapi,waktu downtime ni,kulit tersangatlah sensitif dan perlukan penjagaan rapi.

"Habis tu,saya nak pakai apa nanti ni?Semua tak boleh.Saya pergi ke tempat lain tak ada pun dia bagitau ini tak boleh itu tak boleh."

Setiap terapis dan setiap tempat spa berbeza cara nya.Macam anda pergi klinik kesihatan.Doktor nya semua sama ke?

Dalam tempoh downtime ni,anda WAJIB pakai sunblock spf yang paling tinggi sebelum keluar rumah dan tak boleh terdedah lama bawah matahari kalau tak nak kulit burn.Memang jadi vampire lah ye.hehe.dan sunblock yang paling sesuai anda boleh pakai adalah sunblock cetaphil light gel dan sunscreen cerave sahaja.yang lain-lain tak boleh.Sebab dua produk ni je yang boleh pakai untuk kulit sensitif dan waktu downtime tu kulit memang tengah sensitif kan.Yang lain-lain ada kandungan vit c/citric acid dan bahan asid yang lain.kalau pakai juga,kulit akan nampak macam burn dan akan tinggalkan tanda lepas dah habis downtime tu.Tak seronok kan dengarnya?Jadi,dengarlah nasihat siti.heee

Jadi,setiap kali anda datang ke spa saya untuk membuat rawatan dermapen,siti memang akan menitikberatkan soal penjagaan dirumah(after care) dan waktu downtime tu,Kalau anda ikut betul dan baca dengan teliti surat persetujuan tu,siti percaya anda akan berpuas hati lepas habis peeling tu.Kalau orang lain boleh,kenapa tidak anda?

Surat perjanjian??surat ape tu?

Ya.siti akan bekalkan satu surat perjanjian syarat untuk buat dermapen ni dan dipersetujui kedua belah pihak(pihak anda dan pihak siti).Bermakna tak semua orang sesuai untuk buat dermapen ni ye.Dan di dalam surat tu pun siti ada nyatakan sekali penjagaan waktu dirumah(after care) beserta sebotol serum ikut masalah kulit anda waktu rawatan dermapen berlangsung untuk dipakai dirumah.


Okaylah,ini sahaja yang dapat siti bagi gambaran secara rawak pantang larang yang perlu dititik beratkan bagi rawatan demapen kalau nak dapatkan result yang gempak!

nak tengok testimoni terkini,boleh layari :

FB PAGES : Zaira Beauty Therapy
INSTAGRAM : Zaira_beauty_therapy




31 comments:

  1. hyee nak tanya kalau lepas dermapen kita work out boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai cik/encik.

      work out dalam rumah or luar rumah?

      kalau luar rumah better u rest dulu about 1 week.

      kalau dalam rumah make sure to apply sunscreen or sunblock.and do light work out.

      sebab dalam masa seminggu kulit very sensitive habuk peloh debu.then kemungkinan untuk jadi purging tinggi.means akan naik jerawat

      Delete
  2. boleh share tak form sebelum buat dermapen
    myskin373@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. hai farik.spa di taman tuanku jaafar,seremban n9.
      fokus kami spa muslimah.tq

      Delete
    2. rm 150 sekali rawatan durasi 2 jam 30min +-.juga ada disediakan dalam bentuk combo treatment dan pakej dermapen

      Delete
  4. Knp sy dah sebulan buat dermapen muka jd mcm sunburnt.. Rase makin teruk dr sebelum..dh mcm jeragat yg bertompok plk.. Knp ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sma la sy.. Muka jdi sunburn.. Knpa yea.. Sy ad buat dermapen jga

      Delete
    2. Sma la sy.. Muka jdi sunburn.. Knpa yea.. Sy ad buat dermapen jga

      Delete
    3. salam.hai.sori baru boleh respond.

      buat dermapen sendiri atau dengan beuticina or doc aestetic?

      Delete
    4. saya pn sama juga..saya buat dermapen di spa..saya nak tau juga knp muka jdi sunburn

      Delete
    5. hai Xxxxx..kena rujuk dengan terapis yang lakukan dermapen atas cik/encik.sama ada terapis ada terguna bahan yang berasaskan asid(vitamin c/glycolic acid/salicylic acid) atau sunscreen yang cik/encik guna ade tinggi acid atau serum yang ade vitamin c atau tiada langsung guna sunscreen

      Delete
  5. dear mida, cik buat sendiri atau atau jumpa doc? ada tak ape ape yang mereka bagitau do's and dont's?

    ReplyDelete
  6. Sy pun de tompok hitam tepi pipi.pg wt dermapen,pastu ptg da laplr, nk masak pulak,skali tgk cermin pipi da gelap.kekal ke tompok hitam ni😭😭..beautician x ckp plak xbole kne haba kt dapur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti ade aomething wrong masa after treatment.lepas kulit dah dilukakan,jangan cuci muka pakai skincare yang kita guna.cuci guna air biase dulu pun takpe.biasenya pencuci muka yang kita gunakan harian ade kandungan asid yang tinggi.kulit luka+bahan asid akan buat luka jadi hitam.

      Delete
  7. Sy pon br je buat dermapen kt spa.... Kulit jadi merah2 and burn, isau jgk ni bila baca komen korang semua.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena rujuk semula dengan terapis yang buat muka sis ye.
      biaseemang lepas hari ke 3 buat dermapen dah mula mengelupas.sehari lepas buat kulit memang akan jadi seperti udang terbakar.itu normal sebab kita dah lukakan kulit kita dengan jarum.tapi kalau sampai lepas 7hari masih merah atau sunburn,itu tak normal.

      Delete
  8. Memang akan burn...saya pun ada tompok2 mcm jeragat.tpi lama2 makin hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul.sunburn tu tak kekal.Lama kelamaan akan hilang sebab kolagen badan manusia sentiasa akan produce sel kulit baru dalam tempoh 28hari setiap bulan.

      apa yang penting,penggunaan skincare harian mesti diambil kira dari segi selamat untuk jangka panjang.bukan dari timbang kilo dan pastikan kenal baik jenis kulit muka☺️

      Delete

  9. Sy dlu mmg muka jenis berjerawat..3x buat chemical peel Dan sekarang dh 3x buat dermapen..alhmdulillah..jerwat dh x naik pastu parut2 mkin hilang..memang dlm masa 2 mggu kulit lepas buat dermapen jd cm x sekata tp lepas tu..kulit Sy jd LG ok Dr sebelum ni..for me..dermapen nie menjadi ntuk Sy..n Sy buat setiap 1 bulan sekli..n downtime biasa 3 hr ja..lepas 3 hr..Sy pakai jer skin care yg biasa Sy pkai..alhmdulillah setkat ni ok ..hihi .lain org lain result dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Semoga sis makin cantik dan sihat kulitnya ye lepas ni boleh fokus untuk skincare yang selamat ye☺️

      Delete
  10. Nak tanye Biasa nya klu dh buat derma pen..Klu dok dlm.umah saje x kuar kene pakai sunblok jugak ke.. and hari ke berpa kena pakai sunblok tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai cik/encik..

      Walau kita duduk dalam rumah,matahari masih lagi masuk melalui tingkp kan?

      sekejap² kita akan keluar sidai baju,siram pokok,buang sampah.masih lagi terdedah.
      langkah selamat wajib pakai sunscreen kerana uv yang dipancarkan sekrang lurang selamat berbanding zaman dulu.dan tanpa penggunaan sunscreen,pelbagai masalah kulit muka akan mula muncul,paling lambat 5tahun dari sekarang.

      Delete
  11. Nak tny, dlm msa seminggu selepas rawatan dermapen, smua produk skincare kita x bole guna kecuali sunscreen & sunblock kan? Betul ke? Atau pn hnya cleaner shj yg x bole guna, toner & moisture bole?

    Terima kasih 🙂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai..semua produk skincare tak boleh pakai kecuali sunscreen sahaja.toner mmg tak boleh guna sis.toner lagi tinggi asid sgt bahaya guna waktu kulit tengah luka.boleh timbul isu burn nanti.

      Delete
  12. Nk tnya,sy dibekalkan soothing gel utk mempercepatkan lagi proses pengupasan. Btul & bleh pkai ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebaiknya jangan sapu dulu.kulit yang luka bila sapu something yang terlalu sejuk akan jadi punca burn jgk.kalau cik/emxik tak tahan pedih muka tu,just cuci dengan air biase sahaja..jangan garu,gosok dengan towel atau something yang kasar.melecet juga jadi punca burn

      Delete
  13. Hyee..nak tnya..klaw lepas buat dermapen tu bahagian pipi saja ,normal ke muka makin membengkak ..takut tgk..hari kedua..please jawab😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai..sorry lambat respon.macam mana kulit lepas habis downtime dermapen?saya harap sekarang makin membaik..

      Delete
  14. sis nk tanya..saya pernah buat drmapen dkt spa..tapi tiada result pun..selepas dermapen,beautician inform perlu guna moisturiser dan sunscreen shja dalam masa smggu..betul ke blh guna moisturiser terus..jadi terpikir pula,knpa tiada good result lgsung utk muka saya ni 😢

    ReplyDelete