Tuesday, July 23, 2019

KERANA DERMAPLANE,MUKA PELANGGAN JADI BEGINI??

Selamat sejahtera semua.Harini ada masa sikit siti nak perkenalkan rawatan baru dan alhamdulillah rawatan ni dah ada peminatnya tersendiri.Mana tidaknya,rawatan "instant result",siapa yang tak nak kan? Tiada apa-apa side effect terus dapat result yang betul-betul ohsem tau.Bukan propa je lebih.Regular customer siti dah mencubanya dan terus anaknya pun berminat dan dah cuba rawatan ni.Walau dah dekat 2minggu pelanggan siti buat rawatan ni,kulitnya masih berkilat berseri licin mulus tau..Beza sbelum buat rawatan.Tambahan,di gabungkan dengan facial gua sha..memang terangkat!!Manfaat serum dalam rawatan gua sha tu lebih cepat menyerap berbanding sebelum buat dermaplane ni.

Ape benda dermaplane ni?kalau tengok video-video yang siti postkan di facebook,ig dan whatsapp ni,macam buang bulu muka aje kan?Macam takde pape effect pun.Tak rasa sakit ke sebab tengok macam pakai pisau cukur laki je(shaver).

Banyak betul persoalan-persoalan yang tak terjawab dan tak tertaip.Jadi biarlah siti ceritakan perjalanan dermaplane ni macam mana ye..

Dermaplane ni sebenarnya salah satu rawatan invasif untuk buang sel kulit mati dengan lebih berkesan tanpa perlu ada downtime atau pantang larang malah rawatan ni lebih baik daripada buat facial normal.Walau hanya sekadar guna pisau cukur tapi bukan sembarangan pisau tau.Bukan pisau cukur bulu kaki tu tau.

Dalam rawatn ni kita gunakan mata pisau yang ade beberapa jenis kodnya tersendiri ikut bentuk muka pelanggan sebab ada bahagian-bahagian yang mencabar untuk dilayangkan jika hanya guna satu jenis kod mata pisau sahaja.Sebab tu kalau anda perasan,setiap terapis yang sedang buat rawatan ni macam-macam bentuk mata pisau tu.

Dalam rawatan ni juga,kami hanya menggunakan "stainless steel surgical blade" pakai buang.Bermakna,mata pisau yang kami gunakan hanya akan dipakai pada seorang pelanggan sahaja,pakai buang.Tiada unsur "recycle".Sudah tentu,untuk menjaga kebersihan sepertimana mana rawatan dermapen dan bekam.

Soalan yang paling femes sekali pelanggan akan tanya sakit tak?Dan soalan kedua yang akan ditanya tumbuh balik tak bulu tu?jadi kasar tak?maklumlah muka saya banyak bulu roma.

Soalan 1:Sakit tak?

Jawapan: Rawatan ni nampak mcam sakit tapi sebenarnya pelanggan yang buat nanti mereka tidak merasakan apa-apa kesakitan,malah terasa seperti mengangkat daki muka yang terlalu tebal kat muka.Dan selepas siap rawatan ni,anda akan rasakan kesegaran luar biasa yang sangat beza berbanding buat rawatan muka yang lain dan anda akan perasan kesegaran muka terpancar jelas dimata anda sendiri.Bukan tu je,anda boleh nampak perbezaan semasa sel kulit mati dibuang antara kulit sebelum "dikikis" dengan kulit selepas "dikikis"


Soalan 2:Makin lebat tak bulu muka?Jadi makin kasar tak?

Jawapan: Nampak seperti mata pisau ni tajam tapi sebenarnya bila apply kat jambang lelaki,seperti tiada ape-ape fungsi.Bermaksud jambang lelaki tu adalah rambut dan yang akan di bersihkan masa rawatan ni hanyalah bulu halus atau dipanggil "vellus hair"


Tiap orang ada vellus hari (rerambut halus).Dan bulu halus ni akan tumbuh setiap bulan dengan keadaan yang sama.Bemakna,takde lah jadi mcm bulu kaki ke ketiak ke..Makin dicukur makin kasar.Tidak.Bila kita buang bulu halus ni,lepas sebulan dia akan tumbuh semula dalam keadaan asalnya juga.


Nampak bayangan nya tak macam mana?Okay,jom kita semak ape lagi yang akan anda dapat daripada rawatan ni.

Manfaat Dermaplaning

1.Untuk Menghilangkan Bulu Halus Pada Wajah
2.Make-up Akan Lebih Mudah Menyerap ke Wajah
3. Membersihkan Lapisan Kulit Paling Luar Dengan Mengangkat Sel Kulit Mati
4.Mencegah Munculnya Komedo dan Jerawat
5.Membuat Wajah Tampak Lebih Awet Muda
6.Meningkatkan Regenerasi Sel Kulit Baru


Tak sesuai untuk kulit:
⛔Jerawat aktif
⛔kulit sensitif
⛔kulit terlalu berminyak

❌downtime
❌pantang larang
❌berdarah
❌jarum
❌sakit

✅result on the spot
✅boleh terus g keje
✅kulit licin dan bersih lepas rawatan
✅lebih baik daripada buat facial normal

Jadi,mana-mana bakal pengantin tu digalakkan sangat buat rawatan ni tau.Senang mak andam nak mekapkan nanti.Dan buatkan mekap tahan lagi lama dan lebih "glowing" tau!

Bukan bakal pengantin pun boleh je buat..lagi baik..sebab nya tak ada downtime pun..takde muka merah-merah.Lepas facial ni boleh dah pergi majlis kahwin ke,pergi mall shopping ke nak pergi dating pun boleh sangat-sangat.

Kat bawah ni pulak antara testimoni yang dah buat rawatan ni.Dah berkali buatnya pun ada.

 nampak tak kulit muka yang macam berbelang tu?belah bawah tu setelah dikikis,belah atas tu sebelum dikikis..nampak tak daki muka yang tertinggal tu?

 ini selepas siap sekali dengan rawatan gua sha.Tona kulit pun berbeza sangat kan?Lepas cuci muka tu,bila tarik dengan span facial,kulit muka terus jadi macam sunlight tau.Tak percaya?Jomlah rasa.Book slot untuk rawatan ni dengan siti.




No comments:

Post a Comment