Friday, July 5, 2019

TESTIMONI DERMAPEN TREATMENT DI ZAIRA BEAUTY THERAPY SEPANJANG 2019



Assalammualaikum si cantik semua..Walaupun raya dah habis kan,siti masih dan tetap juga nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri dan selamat hari raya aidil adha(in advance).Tak lama lagi kan kita nak sambut raya haji kan..hehehe

Okay..takde pe nak dicoretkan.Hanya untuk siti kongsikan dengan blogger reader semua hasil kerja siti sepanjang setengah tahun 2019 ni.Alhamdulillah,kebanyakan yang datang join pakej termurah siti sebanyak 3kali dan menunjukkan perubahan positif.

Kebanyakan juga dapat beraya dengan kulit wajah yang baru,semangat untuk kembali cantik dan dapat kembalikan semula keyakinan diri yang tinggi untuk berdepan dengan pelanggan(customer services).

Semua dengan izin Allah.Siti hanya membantu setakat mana yang siti mampu. Selebihnya,yang memberi kesembuhan itu tuhan yang satu,dan usaha yang datang daripada mereka yang inginkan "transformasi" diri.Cepat atau lambat semua bergantung kepada keperluan masing-masing.

Siti juga mengharapkan dapat membantu lebih ramai lagi wanita di luar sana,yang ingin tampil cantik semula tapi kemampuan dari segi kewangan yang terhad,boleh datang berjumpa dengan siti di spa,masih dengan temujanji.Mudah dan lebih privasi.

Kebanyakan pelanggan yang datang untuk berubah itu dari pelbagai arah dan kebanyakan nya yang jauh-jauh,paling jauh daripada selangor.

Cuma,siti ingin highlight kan disini,rawatan muka dan badan yang siti tawarkan terbuka hanya UNTUK WANITA SAHAJA.Siti tak amik rawatan untuk lelaki kerana siti inginkan keselesaan dan privasi untuk kaum wanita yang hadir ke spa terutama kaum muslimah.

Semoga dengan kehadiran siti dalam dunia kecantikan ini dapat mengubah pandangan dan semangat kaum wanita,bahawa rawatan muka hanya boleh dilakukan untuk wanita yang bekerjaya,berduit,retis-retis dan golongan kaya.

jom tengok sebahagian daripada pelanggan Zaira Beauty Therapy sepanjang pertengahan tahun2019mana tau dapat membuka hati wanita lain atau kaum suami nak hantar isteri mereka ke tempat siti,nak cantikkan semula isteri mereka.

ada waktu yang lapan,siti coretkan lagi.

Salam sayang,
siti terapis senawang
Zaira beauty Therapy
Taman Tuanku Jaafar
Seremban,N9
































No comments:

Post a Comment