Wednesday, September 7, 2022

BLACKHEAD WHITEHEAD MENJADI PENYEBAB UTAMA KEPADA MASALAH MUKA YANG LAIN

SEDAR atau tidak semua orang mengalami masalah liang pori tersumbat yang menyebabkan munculnya 'blackhead' atau 'whitehead'.

Secara ringkasnya, Blackhead terjadi akibat daripada kotoran yang terlalu lama termendap dibawah kulit yang akhirnya menyumbat kedalam liang pori dan berwarna hitam. Juga digelar sebagai open comedone.

Manakala whitehead pula adalah terjadi ketika mana kotoran baharu terbit pada lapisan kulit. yang meyumbat kedalam liang pori yang terbuka dan tertutup.

Mana datang kotoran tu? Kotoran yang tak dapat kita elak faktor sekeliling(habuk,debu jalan,mekap)

 


Faktor blackhead dan whitehead terjadi:


1. Sinar UV

Apabila kulit kita terlampau terdedah kepada cahaya matahari, ia akan kehilangan kolagen. Kulit yang hilang kolagen akan menyebabkan volume loss, kulit lebih berkedut. Maka liang roma kita pun akan menjadi kurang elastik dan kurang anjal.

Faktor kulit sekeliling liang roma yang kurang kolagen akan menyebabkan liang roma kurang 'structure support'. Akibatnya liang roma menjadi lebih besar dari semasa kita muda dulu.


2. Usia

Faktor ini sama seperti penerangan di atas. Disebabkan kolagen kita semakin berkurang yang berkadar terus dengan umur, jadi dinding-dinding liang pori kita juga sudah tidak berapa elastik dan menjadi lebih besar.


3. Minyak berlebihan

Individu yang wajahnya mudah dinaiki jerawat secara langsung akan mempunyai pori-pori yang lebih besar. Ini disebabkan sebum yang dihasilkan lebih banyak, maka dinding pori tersebut semakin meregang dan pori nampak lebih besar.


Orang lelaki kebiasannya mempunyai pori lebih besar kerana sebum mereka yang lebih aktif disebabkan faktor hormon androgen.


4. Genetik

Jika keturunan anda memang jenis yang mempunyai pori-pori besar, anda juga akan berpeluang untuk ada pori yang agak besar


 5. Kotoran

Secara normalnya kulit kita mempunyai beberapa lapisan dan lapisan ini akan selalu diganti setiap 28 hari. Apabila kulit atas matang, ia akan dinyahkan dari badan. Kadang-kadang kulit mati yang terkumpul ini akan terkumpul di sekitar liang pori dan menyebabkan ianya tersumbat dan bertambah besar.








No comments:

Post a Comment