Wednesday, September 7, 2022

TESTIMONI BERJAYA MASALAH JERAGAT

Assalammualaikum semua pembaca blog Zaira Beauty Therapy.


Sekian lama nak update story dekat blog ni Alhamdulillah harini diberi kesempatan untuk mencurahkan disini.


Teruskan membaca dan ambil input yang baik yang siti nak kongsikan disini.


Okay,straight to the point. 

JERAGAT.

MELASMA.

PIGMENTATION.

FRECKLES.


Banyak nama timangan jugak jeragat ni kan.Tapi kebenarannya adalah semua sama.Yang bezakan nya adalah dari segi saiz dan warna jeragat tu sendiri.


Pelbagai Faktor terjadinya jeragat ni.Secara ringkasnya,pemakaian produk muka yang bersesuaian,umur,gaya hidup,pemakana antara faktor boleh naik jeragat.





Persoalan utama yang sering siti terima dari kebanyakan pelanggan yang ada masalah ni,

 "BOLEH TAK JERAGAT DEKAT MUKA SAYA NI HILANG?"


Jawapan siti cukup mudah,BOLEH.Tiada masalah yang tak boleh dirawata kecuali mati Betul tak?


Cuma,kaedah penyelesaian tiap masalah tu tak sama.


Termasuklah rawatan untuk masalah jeragat di Zaira Beauty Therapy.



Salah seorang dari pelanggan siti yang mempunyai masalah jeragat yang berpunca daripada kekerapan tukar produk viral,produk timbang kilo dan teruja dengan testimoni janji boleh hilang dengan cepat.

Tompokan jeragat yang pada asalnya kecil dan tidak ketara semakin bercantum dan membesar dan mendatangkan stress.




Beliau datang ke spa siti untuk mendapatkan rawatan untuk merawat masalah jeragat beliau.Cadangan siti untuk beliau dapatkan rawatan dermapen disambut baik.Beliau juga sangat konsisten dan sangat memberikan kerjasama yang baik sepanjang rawatan.Malah,beliau juga telah menggunakan skincare yang sesuai dengan kulit muka dan selamat dari bahan berbahaya.

Gambar diatas adalah hasil ke 6 rawatan dermapen di Zaira Beauty Therapy Seremban,Negeri Sembilan.


Malah,masalah jerawat hormon,minyak muka berlebihan,liang pori terbuka juga dapat diatasi tanpa sedar hasil daripada konsisten beliau dalam merawat masalah muka luar(skincare) dan dalam(gaya hidup sihat).


Kesimpulannya,untuk merawat masalah muka,kena kenalpasti dulu masalah muka,jenis kulit muka dan rawatan yang tepat ibarat menembak tepat pada sasarannya.Biarlah anda perlu R&D skincare yang selamat sehingga perlu bertapa dalam watson,guardian drugstore,asalkan anda tidak merosakkan lagi kulit muka yang sedang bermasalah,ibarat tikus membaiki labu.

Selalu siti pesan pada pelanggan siti,jangan stress.Tenang tenang sahaja asalkan ada progress ada tindakan susulan untuk merawat masalah muka.

Tapi,jangan juga ambil tindakan wait and see kerana itu akan jadi punca anda stress dan memburukkan lagi keadaan.


Cukuplah untuk perkongsian harini.Insya Allah ada kelapangan siti kongsikan lagi ye.


Follow dan like media sosial kami:


Facebook :

fb.me/ZairaBeautyTherapySenawang

Telegram :

t.me/ZairaBeautyTherapy

Tiktok: 

tiktok.com/@zairabeautytherapy

Instagram :

http://instagram.com/zairabeautytherapy











No comments:

Post a Comment