Thursday, October 3, 2019

KENAPA MUKA BURN / TERBAKAR / KULIT TAK SEKATA LEPAS BUAT DERMAPEN?? ADA PANTANG LARANG PENJAGAAN KE?


Assalammualaikum,salam selamat sejahtera pembaca semua.

Dah lama tak bersiaran disini.Siti banyak aktif di fb,ig dan whatsapp je sekarang ni.Kesini kena guna komputer baru boleh menaip.hehe

Okay tak nak cerita panjang,dah lama siti nak share kan tentang penjagaan yang betul lepas downtime dermapen tu.

Apa tu dermapen??Dermapen ade downtime ek?teruk tak?berapa lama ye?Okay nak tau lebih lanjut kena baca entri ni sampai habis.

Rawatan dermapen-rawatan alternatif selepas rawatan laser untuk merawat masalah muka yang tidak dapat diselesaikan dengan hanya pemakaian produk kecantikan,supplemen untuk kulit dan lain-lain.

Namun,rawatan dermapen ini akan berlaku "downtime" lepas sehari selepas buat rawatan ni.Kebiasaan nya downtime ni bermula pada hari ketiga lepas facial dan akan berakhir pada hari ke 5.Walau bagaimanapun,tindak balas berbeza mengikut pembawaan badan masing-masing.Namun kita beri anggaran selama seminggu waktu downtime ini berlangsung.

Jadi,untuk bagi keberkesanan rawatan dermapen ni,sepanjang tempoh downtime ni(7hari),siti lebih senang dan selesa untuk anda menjalani tempoh BERPANTANG supaya proses downtime pemulihan kulit ini berjalan dengan lancar dan memberikan keputusan yang lebih baik sehabis sahaja habis tempoh berpantang tu.

Ermm,dengar macam rumit je kan?tak rumit mana pun kalau ikut betul guideline yang siti berikan tu.Macam mana orang nak kurus,ade pantang nya jugak kan?Macam tu jugak nak cantik.

Boleh tengok sendiri testimoni-tesmoni yang siti dah bantu mereka dalam masalah parut jerawat,kusam,tona tak sekata,chicken pox,parut hitam jerawat dan macam-macam masalah muka yang lain.Dengan izin Allah dan atas kepercayaan yang mereka berikan pada siti,semua masalah yang siti nyatakan ni dapat diatasi dengan jayanya.

Namun,semua ni takkan terjadi tanpa kerjasama daripada pihak anda jugak ye.Okay,sepanjang tempoh downtime ni,anda tak boleh menggunakan mekap,tak boleh guna skincare yang anda pakai sekarang ni dan juga tak boleh guna produk yang mengandungi bahan vit c atau citric acid/bahan yang mengandungi alcohol.Jika untuk pemakaian harian,kandungan ni memang boleh pakai dan kandungan ni membantu merawat kulit tak sekata,mencerahkan kulit dan boleh mengecutkan liang pori dan jerawat.Tapi,waktu downtime ni,kulit tersangatlah sensitif dan perlukan penjagaan rapi.

"Habis tu,saya nak pakai apa nanti ni?Semua tak boleh.Saya pergi ke tempat lain tak ada pun dia bagitau ini tak boleh itu tak boleh."

Setiap terapis dan setiap tempat spa berbeza cara nya.Macam anda pergi klinik kesihatan.Doktor nya semua sama ke?

Dalam tempoh downtime ni,anda WAJIB pakai sunblock spf yang paling tinggi sebelum keluar rumah dan tak boleh terdedah lama bawah matahari kalau tak nak kulit burn.Memang jadi vampire lah ye.hehe.dan sunblock yang paling sesuai anda boleh pakai adalah sunblock cetaphil light gel dan sunscreen cerave sahaja.yang lain-lain tak boleh.Sebab dua produk ni je yang boleh pakai untuk kulit sensitif dan waktu downtime tu kulit memang tengah sensitif kan.Yang lain-lain ada kandungan vit c/citric acid dan bahan asid yang lain.kalau pakai juga,kulit akan nampak macam burn dan akan tinggalkan tanda lepas dah habis downtime tu.Tak seronok kan dengarnya?Jadi,dengarlah nasihat siti.heee

Jadi,setiap kali anda datang ke spa saya untuk membuat rawatan dermapen,siti memang akan menitikberatkan soal penjagaan dirumah(after care) dan waktu downtime tu,Kalau anda ikut betul dan baca dengan teliti surat persetujuan tu,siti percaya anda akan berpuas hati lepas habis peeling tu.Kalau orang lain boleh,kenapa tidak anda?

Surat perjanjian??surat ape tu?

Ya.siti akan bekalkan satu surat perjanjian syarat untuk buat dermapen ni dan dipersetujui kedua belah pihak(pihak anda dan pihak siti).Bermakna tak semua orang sesuai untuk buat dermapen ni ye.Dan di dalam surat tu pun siti ada nyatakan sekali penjagaan waktu dirumah(after care) beserta sebotol serum ikut masalah kulit anda waktu rawatan dermapen berlangsung untuk dipakai dirumah.


Okaylah,ini sahaja yang dapat siti bagi gambaran secara rawak pantang larang yang perlu dititik beratkan bagi rawatan demapen kalau nak dapatkan result yang gempak!

nak tengok testimoni terkini,boleh layari :

FB PAGES : Zaira Beauty Therapy
INSTAGRAM : Zaira_beauty_therapy




Tuesday, July 23, 2019

KERANA DERMAPLANE,MUKA PELANGGAN JADI BEGINI??

Selamat sejahtera semua.Harini ada masa sikit siti nak perkenalkan rawatan baru dan alhamdulillah rawatan ni dah ada peminatnya tersendiri.Mana tidaknya,rawatan "instant result",siapa yang tak nak kan? Tiada apa-apa side effect terus dapat result yang betul-betul ohsem tau.Bukan propa je lebih.Regular customer siti dah mencubanya dan terus anaknya pun berminat dan dah cuba rawatan ni.Walau dah dekat 2minggu pelanggan siti buat rawatan ni,kulitnya masih berkilat berseri licin mulus tau..Beza sbelum buat rawatan.Tambahan,di gabungkan dengan facial gua sha..memang terangkat!!Manfaat serum dalam rawatan gua sha tu lebih cepat menyerap berbanding sebelum buat dermaplane ni.

Ape benda dermaplane ni?kalau tengok video-video yang siti postkan di facebook,ig dan whatsapp ni,macam buang bulu muka aje kan?Macam takde pape effect pun.Tak rasa sakit ke sebab tengok macam pakai pisau cukur laki je(shaver).

Banyak betul persoalan-persoalan yang tak terjawab dan tak tertaip.Jadi biarlah siti ceritakan perjalanan dermaplane ni macam mana ye..

Dermaplane ni sebenarnya salah satu rawatan invasif untuk buang sel kulit mati dengan lebih berkesan tanpa perlu ada downtime atau pantang larang malah rawatan ni lebih baik daripada buat facial normal.Walau hanya sekadar guna pisau cukur tapi bukan sembarangan pisau tau.Bukan pisau cukur bulu kaki tu tau.

Dalam rawatn ni kita gunakan mata pisau yang ade beberapa jenis kodnya tersendiri ikut bentuk muka pelanggan sebab ada bahagian-bahagian yang mencabar untuk dilayangkan jika hanya guna satu jenis kod mata pisau sahaja.Sebab tu kalau anda perasan,setiap terapis yang sedang buat rawatan ni macam-macam bentuk mata pisau tu.

Dalam rawatan ni juga,kami hanya menggunakan "stainless steel surgical blade" pakai buang.Bermakna,mata pisau yang kami gunakan hanya akan dipakai pada seorang pelanggan sahaja,pakai buang.Tiada unsur "recycle".Sudah tentu,untuk menjaga kebersihan sepertimana mana rawatan dermapen dan bekam.

Soalan yang paling femes sekali pelanggan akan tanya sakit tak?Dan soalan kedua yang akan ditanya tumbuh balik tak bulu tu?jadi kasar tak?maklumlah muka saya banyak bulu roma.

Soalan 1:Sakit tak?

Jawapan: Rawatan ni nampak mcam sakit tapi sebenarnya pelanggan yang buat nanti mereka tidak merasakan apa-apa kesakitan,malah terasa seperti mengangkat daki muka yang terlalu tebal kat muka.Dan selepas siap rawatan ni,anda akan rasakan kesegaran luar biasa yang sangat beza berbanding buat rawatan muka yang lain dan anda akan perasan kesegaran muka terpancar jelas dimata anda sendiri.Bukan tu je,anda boleh nampak perbezaan semasa sel kulit mati dibuang antara kulit sebelum "dikikis" dengan kulit selepas "dikikis"


Soalan 2:Makin lebat tak bulu muka?Jadi makin kasar tak?

Jawapan: Nampak seperti mata pisau ni tajam tapi sebenarnya bila apply kat jambang lelaki,seperti tiada ape-ape fungsi.Bermaksud jambang lelaki tu adalah rambut dan yang akan di bersihkan masa rawatan ni hanyalah bulu halus atau dipanggil "vellus hair"


Tiap orang ada vellus hari (rerambut halus).Dan bulu halus ni akan tumbuh setiap bulan dengan keadaan yang sama.Bemakna,takde lah jadi mcm bulu kaki ke ketiak ke..Makin dicukur makin kasar.Tidak.Bila kita buang bulu halus ni,lepas sebulan dia akan tumbuh semula dalam keadaan asalnya juga.


Nampak bayangan nya tak macam mana?Okay,jom kita semak ape lagi yang akan anda dapat daripada rawatan ni.

Manfaat Dermaplaning

1.Untuk Menghilangkan Bulu Halus Pada Wajah
2.Make-up Akan Lebih Mudah Menyerap ke Wajah
3. Membersihkan Lapisan Kulit Paling Luar Dengan Mengangkat Sel Kulit Mati
4.Mencegah Munculnya Komedo dan Jerawat
5.Membuat Wajah Tampak Lebih Awet Muda
6.Meningkatkan Regenerasi Sel Kulit Baru


Tak sesuai untuk kulit:
⛔Jerawat aktif
⛔kulit sensitif
⛔kulit terlalu berminyak

❌downtime
❌pantang larang
❌berdarah
❌jarum
❌sakit

✅result on the spot
✅boleh terus g keje
✅kulit licin dan bersih lepas rawatan
✅lebih baik daripada buat facial normal

Jadi,mana-mana bakal pengantin tu digalakkan sangat buat rawatan ni tau.Senang mak andam nak mekapkan nanti.Dan buatkan mekap tahan lagi lama dan lebih "glowing" tau!

Bukan bakal pengantin pun boleh je buat..lagi baik..sebab nya tak ada downtime pun..takde muka merah-merah.Lepas facial ni boleh dah pergi majlis kahwin ke,pergi mall shopping ke nak pergi dating pun boleh sangat-sangat.

Kat bawah ni pulak antara testimoni yang dah buat rawatan ni.Dah berkali buatnya pun ada.

 nampak tak kulit muka yang macam berbelang tu?belah bawah tu setelah dikikis,belah atas tu sebelum dikikis..nampak tak daki muka yang tertinggal tu?

 ini selepas siap sekali dengan rawatan gua sha.Tona kulit pun berbeza sangat kan?Lepas cuci muka tu,bila tarik dengan span facial,kulit muka terus jadi macam sunlight tau.Tak percaya?Jomlah rasa.Book slot untuk rawatan ni dengan siti.




Friday, July 5, 2019

TESTIMONI DERMAPEN TREATMENT DI ZAIRA BEAUTY THERAPY SEPANJANG 2019



Assalammualaikum si cantik semua..Walaupun raya dah habis kan,siti masih dan tetap juga nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri dan selamat hari raya aidil adha(in advance).Tak lama lagi kan kita nak sambut raya haji kan..hehehe

Okay..takde pe nak dicoretkan.Hanya untuk siti kongsikan dengan blogger reader semua hasil kerja siti sepanjang setengah tahun 2019 ni.Alhamdulillah,kebanyakan yang datang join pakej termurah siti sebanyak 3kali dan menunjukkan perubahan positif.

Kebanyakan juga dapat beraya dengan kulit wajah yang baru,semangat untuk kembali cantik dan dapat kembalikan semula keyakinan diri yang tinggi untuk berdepan dengan pelanggan(customer services).

Semua dengan izin Allah.Siti hanya membantu setakat mana yang siti mampu. Selebihnya,yang memberi kesembuhan itu tuhan yang satu,dan usaha yang datang daripada mereka yang inginkan "transformasi" diri.Cepat atau lambat semua bergantung kepada keperluan masing-masing.

Siti juga mengharapkan dapat membantu lebih ramai lagi wanita di luar sana,yang ingin tampil cantik semula tapi kemampuan dari segi kewangan yang terhad,boleh datang berjumpa dengan siti di spa,masih dengan temujanji.Mudah dan lebih privasi.

Kebanyakan pelanggan yang datang untuk berubah itu dari pelbagai arah dan kebanyakan nya yang jauh-jauh,paling jauh daripada selangor.

Cuma,siti ingin highlight kan disini,rawatan muka dan badan yang siti tawarkan terbuka hanya UNTUK WANITA SAHAJA.Siti tak amik rawatan untuk lelaki kerana siti inginkan keselesaan dan privasi untuk kaum wanita yang hadir ke spa terutama kaum muslimah.

Semoga dengan kehadiran siti dalam dunia kecantikan ini dapat mengubah pandangan dan semangat kaum wanita,bahawa rawatan muka hanya boleh dilakukan untuk wanita yang bekerjaya,berduit,retis-retis dan golongan kaya.

jom tengok sebahagian daripada pelanggan Zaira Beauty Therapy sepanjang pertengahan tahun2019mana tau dapat membuka hati wanita lain atau kaum suami nak hantar isteri mereka ke tempat siti,nak cantikkan semula isteri mereka.

ada waktu yang lapan,siti coretkan lagi.

Salam sayang,
siti terapis senawang
Zaira beauty Therapy
Taman Tuanku Jaafar
Seremban,N9
































Saturday, March 9, 2019

KULIT KERING TAPI BERJERAWAT?? MACAM MANA BOLEH TERJADI?APA PENYELESAIANNYA?


Hai semua...harini siti nak share satu benda yang rupa-rupanya terjadi pada golongan remaja dan golongan usia senja.

Pernah tak dengar orang yang berkulit kering tapi ada masalah jerawat pulak?
Pelik kan?Selalu dengan kulit berminyak mesti ada jerawat atau kulit kering mesti ada jeragat ataupun kusam.
.
Pelik tapi benar....itulah yang berlaku pada beberapa customer siti yang ada masalah kulit kering tapi ada jerawat.sorang masih muda lagi,anak dara sunti dan sorang lagi lebih kurang umur mak mertua siti.
.
Stress nya tuan badan hanya tuhan yang tahu.Siti pun ikut tempiasnya.Sebab siti terlibat sama untuk bantu menyelesaikan masalah muka mereka.Siti susah hati kalau mereka tak dapat semula skin yang asal.At least masalah jerawat mereka dapat diatasi.
.
Sedih dan kesian tau.Sebab siti pun pernah alami benda tu semua.Okaylah jom semak kenapa boleh jadi macam tu,apa puncanya dan macam mana nak atasi.
.
Kalau korang ada masalah macam ni juga,semoga entri ni dapat memberi manfaat pada korang k..
.
.
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Biasanya jerawat akan mudah muncul pada kulit ysng berminyak.Ternyata ada juga yang mempunyai masalah kulit kering berjerawat.Meskipun kulit anda kering,anda tidak menghasilkan minyak,sel kulit mati,kosmetik,kotoran dan bakteria tetap masih boleh menyumbat pori-pori dan menyebabkan jerawat.jadi,macam mana nak atasinya?

APA YANG MENJADI PENYEBAB KULIT KERING BERJERAWAT?

Kulit yang kering sebenarnya menandakan adanya kerosakan pada kulit.Kulit anda bergantung pada lapisan lemak yang melindunginya dari bakteria,virus dan kulat.Jika keadaan kulit kering,kemampuannya untk melakukan perkara tersebut secara semulajadinya berkurang dan mengakibatkan tompokan sel kulit mati pada permukaan kulit luar yang dengan mudah teriritasi.Itu sebabnya keadaan kulit kering juga sama-sama memberi ruang pada jerawat untuk tumbuh.

CARA MENGATASI KULIT KERING BERJERAWAT?

kulit kering jadi lebih sensitif untuk dirawat dengan menggunakan ubat jerawat yang mengandungi bahan yang "keras" terutama yang mengadungi bahan "retinol">Malah bagi kulit normal sendiri boleh jadi kering bila menggunakan ubat jerawat yang mempunyai bahan ini.

Jadi,pilihla Produk yang mempunyai bahan "lembut" iaitu yang takde bahan kimia yang tinggi yang memicu kepada iritasi kulit.Selain tu,boleh pilih produk dalam bentuk gel,serum,lotion, atau toner yang boleh bagi kelembapan lebih bagi kulit kering berjerawat anda.

1.PAKAI UBAT JERAWAT UNTUK KULIT KERING DAN BIARKAN MERESAP DALAM KULIT

Pada asanya,ubat jerawat memnag akan buat kulit makin kering.Tapi anda harus biarkan ubat jerawat tu meresap sepenuhnya dalam kulit bagi fungsi ubat tu bekerja untuk jerawat anda.
Tapi jangan pakai setiap hari.Cukup dengan seminggu 4kali je.Kalau tidak,kulit kering makin kering dan boleh naik iritasi.
Kalau makin teruk,sapu ubat jerawat pada jerawat sahaja dan biarkan selama 20-30 minit,kemudian bilas sampai bersih.teruskan pakai kalau mula nampak perubahan.

2.TETAP PAKAI PELEMBAP

Penggunaan pelembap secara teratur dua kali sehari dapat bantu memperbaiki tekstur kulit berjerawat.pelembap membantu memberi kelembapan sekaligus penghalang untuk melindungi kulit.

Thursday, March 7, 2019

KENAPA JADI MACAM NI LEPAS BUAT FACIAL SULAM BB GLOW?DI ZAIRA BEAUTY THERAPY,SEREMBAN,NEGERI SEMBILAN


TAK TAU APA NAK JADI DENGAN MUKA SORANG CUSTOMER NI...
.
.
.
.
.
.

Masa mula-mula datang memang nampak teruk betul mukanya.Kusam kelabu.Masih muda lagi orangnya,anak dara sunti.Bekerja yang berdepan dengan pelanggan buatkan dia resah dengan penampilan diri.Hari-hari tengok muka dekat cermin makin stress..
.
Tak dapat menahan rasa hati,nak buat jugak cuba buat facial di Zaira Beauty Therapy.Customer ni tak banyak kerenah,mungkin dah tak tahn dengan masalah muka yang tak hilang-hilang.Punca bertambah bila dah salah pakai produk muka..Habis banyak naik jerawat,picit-picit tinggalkan parut hitam-hitam.
.
Pakai pulak foundation jenama yang entahlaa...tengok iklan foundation tu macam okay..Tapi makin lama makin teruk pulak kulit muka.
.....................................................................................................................
Masa customer ni datang,memang nampak mukanya kusam teruk,banyak bekas-bekas parut jerawat,nampak ketara perbezaan tona kulit tangan dengan muka.Orang nya berkulit sederhana je.tapi sebab mukanya lagi kelam dari tangan,tu jadi lebih gelap mukanya.

Jadi,siti cadangkan untuk adik manis ni buat rawatan bb glow sulam bedak.Kebetulan,masa dia datang ke spa tu,siti ada buat promosi pakej facial instant result iaitu facial Dermapen dan facial instant glow (sulam bedak bb glow).

UNTUK PROMOSI PAKEJ INSTANT RESULT NI,SETIAP SIGN UP PAKEJ AKAN DAPAT PERCUMA RAWATAN GUA SHA TREATMENT DAN SERUM SENSUAL SECARA PERCUMA!!!

Bermakna,kalau awak-awak sign up pakej 3x pun,awak-awak tetap akan dapat serum dan rawatan gua sha ni jugak tau.Untung ke beruntung??

Apa tu gua sha treatment?Boleh baca entri siti yang lepas tentang kebaikan gua sha treatment ni k..

Okay,bila adik manis ni sign up pakej sulam bedak bb glow,alamakkk haiii...jadi lain pulak...

Ingatkan setakat dapat hilangkan parut je,rupanya boleh buat muka berseri tau!!Siti pun jadi terkejut...
WOW!!! sampai kan rakan sekerja yang jujur ni boleh buat pengakuan ikhlas pada adik manis ni lagi..

Selalu customer tanya berapa lama buat rawatan ni?
jawapannya,BERGANTUNG PADA MASALAH MUKA.Bermakna,kalau teruk makin lama lah siti buat.Paling lama siti pernah buat untuk sorang customer je tau dekat 4jam.

JAdi,masa buat muka dik manis ni lebih kurang jugak masa macam tu.dari tengah hari sampai ke ptg baru sudah.

Dan kebiasaanya masa rawatan pertama memang jadi lama sikit sebab banyak benda perlu di repair,perlu dibersihkan sehingga habis.

jadi,inilah hasilnya..boleh tengok screenshot daripada customer ni..

Untuk tengok hasil-hasil kerja siti yang lain-lain bolehlah like dan follow fb page Zaira Beauty Therapy.

JAdi,raya dah nak dekat kan?jangan tunggu lama-lama..Lagi ditunggu lagi makin teruk muka awak dan kos untuk rmerawat muka lagilah tinggi.yelah,mana awak kena tukar skin care lagi..selagi tak jumpa yang sesuai selagi tu kena cari.Dah berapa banyak duit habis asyik tukar je kan?Yang ada tu pun tak habis lagi,muka makin teruk.

TAK SEMUA MASALAH MUKA BOLEH DISELESAIKAN HANYA DENGAN PRODUK MUKA JE.PERLUKAN RAWATAN SUSULAN PADA KULIT WAJAH AWAK,buang sel kulit mati,gantikan sel kulit baru.baru lah kulit tu boleh bernafas helokkk...pakai skin baru pun dapat meresap dengan baik.baru boleh nampak perubahan..
.
Tanpa banyak cerita terus setuju.Masa rawatan pertama siti hanya buat kedalaman 1.5mm untuk bagi kulit tak terkejut sangat.




Lepas je buat rawatan pertma,terus dia kena masuk kerja.Terus dapat wasap dari dia.



Tak sangka,ingatkan dapat bersihkan muka dia je,rupanya kesan ber gua sha yang percuma tu pun dia dah dapat serta merta dah.perjalanan darah dah lancar,muka pun nampak berseri seri.









Waktu ni dah masuk rawatan kedua,darah yang keluar masih sama..Tapi progressnya makin cepat dari rawatan pertama..




 Bila muka dah bersih,secara automatik keyakinan diri tu datang.Macam adik manis ni,berdepan dengan customer jugak.dan secara automatik dapat tingkatkan sale closing dia..alahmdulillah....

Bukan tu je,terus tak jadi kerja pulak bila dah ramai yang cuba-cuba memikat si bunga siti sorang nii...hehehe...Kawan-kawannya pun mula terpesona dengna transformasi adik manis ni tau


lepas dah sebulan rawatan kedua,kulitnya makin cerah dari mula-mula datang..Alhamdulillah...Baru 2kali rawatan..masih berbaki satu kali lagi rawtan.masih menunggu masing-masing kelapangan untuk menge"date"..he he he he

Zaira Beauty Therapy
Taman Tuanku Jaafar
Seremban,Negeri Sembilan
013-7022944

Hanya untuk wanita...dari wanita...untuk wanita...


Tuesday, February 26, 2019

2019 TAHUN PERUBAHAN ATAU MASIH DITAKUK LAMA??
AZAM TAHUN NI MASIH SAMA ATAU ADA PENAMBAHAN?
DAH MULA BUAT PERSIAPAN UNTUK CAPAI TARGET YANG DIINGINI?



Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...Masih sempat juga siti nak ucapakan selamat tahun baru.semoga azam dan target tahun ni dapat tercapat sekurangnya separuh daripada listing panjang korang k.

Apa khabar? siti harap semua sihat-sihat belaka ye.Kebelakangan ni cuaca sangatlah panas.Nasihat siti,banyakkan minum air masak/air mineral ye sebelum terhidrat.jadikan air masak/air mineral teman baik anda sepanjang waktu.

Siti sendiri air masak ada je dimana siti berada..Sana sini ada botol air masak.Hatta keluar g kedai sekejap pun mesti kepit satu botol air masak.Kalau kurang minum nanti rasa kering tekak,dan mulalah kepala jadi pening.

Boleh nak minum air manis,tapi mesti bilas semula dengan air masak.sebelum buah pinggang beri isyarat nak air untuk "dikincirkan".Apa isyarat-isyarat yang akan buah pinggang bagi?Antaranya;
1.telinga berdesing(bukan orang ngumpat ye,tapi buah pinggang mintak air)
2.jika diabaikan,mulalah diberi rasa sakit pada pinggang,telinga makin kuat berdesing.
3.tekak makin haus dan kering
4.kepala makin pening lalat dan badan mula tak bermaya


seperti mana enjin kereta kalau tak diisi minyak,boleh naik suhu enjin,enjin mula panas.Macam tu juga sistem dalaman kita.

jadi,sayangi badan kita..jagalah amanah tuhan sebaiknya.pernah dengar tak pepatah ada sebut,(pepatah atau ayat motivasi siti pun tak tau),bunyi nya macam ni"mencegah lebih baik daripada merawat" atau dalam bahasa omputeh nya "prevent better than cure"(kalau salah maaflah ye,siti b.i tak A pun,heheheh)

Sebelum pelbagai penyakit datang menyerang disaat kita perlukan tenaga yang banyak untuk menyiapkan tugasan seharian,lebih baik kita jaga kesihatan sehabis baik.Jalani kehidupan yang sihat dan kurangkan stress k!

okay..ini sahaja dulu siti coretkan sebagai pembuka kata untuk tahun 2019.
Stay tuned!
Banyak lagi info-info yang akan siti selongkar dan bongkarkan berkaitan dunia kecantikan dan kesihatan.

Siti kekurangan kakitangan untuk update di blog..Tapi siti akan cuba sedaya upaya,selgi hayat dikandung badan untuk siti kongsikan seberapa banyak tips yang siti dapat untuk tatapan pembaca.

banyak benda yang nak siti share kat sini,tapi tugas sebagai seorang ibu,isteri,wanita bekerjaya memerlukan komitmen yang tinggi dan siti kena susun masa betul-betul agar semua berjalan seiring.

Terima kasih kerana setia membaca coretan siti disini..Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji bolehlah cari siti di fb/ig Zaira Beauty Therapy.