Saturday, October 13, 2018

KEBAIKAN FACIAL INSTANT GLOW WHITE

Baru-baru ni kecoh dengan rawatan muka yang boleh dapat keputusan cerah serta-merta tanpa ada masalah downtime,merah-merah,bengkak-bengkak muka.
Kalau buat sekali rawatan dah boleh dapat result dengan cepat.Sekali buat,cerah semi-kekal 3bulan.Untuk kesan yang terbaik disarankan untuk buat 6kali sesi rawatan ni.Maka,resultnya,kulit cerah macam artis korea.😍😍😍Best kan??

Facial ni kebanyakan Orang panggil "Sulam Bedak" sebab serum yang digunakan seperti foundation tapi bukanlah foundation tau.Warna serum tu je macam foundation tapi bahan-bahan yang ada dalam serum tu sangatlah ohsem!!!

Jap,jap..Siti citer ni korang tau ke ape tu sulam bedak???

Laa..tak tahu ye? okay..okay..tak pe..Teruskan baca entri siti ni ye..

RAWATAN SULAM BEDAK YANG POPULAR & TRENDING DI KOREA MEMBUATKAN WAJAH UOLS BERKILAU KILAU SEMACAM AWEK KOREA!!

Dengan Rawatan ini Wajah akan kelihatan lebih cerah secara sekata hanya dalam masa 1 jam! . Kesan rawatan ini boleh bertahan selama 3 bulan. Kesan semi-kekal umpama memakai bedak setiap masa! Bahan dari Poland dan paling penting HALAL dan SAH WUDHU!
.

Kelebihan Rawatan sulam bedak / Bb glow Treatment

🌷Meneutralkan radikal bebas
🌷Memudarkan pigmentasi kulit, bintik hitam, bekas parut jerawat dsb.
🌷Mengurangkan kandungan melanin dalam kulit sebelum atau selepas pancaran UV
🌷Mengembalikan warna kulit
🌷Mengurangkan masalah tona kulit tidak sekata
🌷Tidak menutup pori-pori kulit seperti memakai foundation atau BB Cream.
🌷Rawatan ini tidak sakit, tiada kesan kemerahan, tiada 'downtime', dan hasilnya boleh terus kelihatan sejurus selepas rawatan!

-------------------

❤ Mengunakan Product Yang berkualiti Tinggi & Paling penting mesra wuduk.
Kami menggunakan gabungan product Youth Skincare & Dermedics Serum Mesowhite & Serum Mesowhite Booster  & Serum Stayve(skin colour ampoules) yg kami gunakan adalah serum organic yg ORIGINAL!! & selamat (tanpa paraben,alcohol, pewarna, fragrances/ allergens)
.
❤ TIADA DOWNTIME
Rawatan ini berbeza dengan Rawatan dermapen, kerana tiada downtime, lepas treatment boleh terus pergi ape2 majlis!! Yang penting boleh bertahan sehingga 3bulan😍😍
.
❤ INSTANT RESULT
Proses sulam bedak menggunakan MTS (Micro Needle Therapy System) dgn menggunakan serum khas 100% organic skin colour ampoules (ORIGINAL) kesannya akan dapat di lihat selepas rawatan!!


❤ HARGA PALING BERPATUTAN
Serius laaaa , memang berpatutan sangat sebab buat 1 JAM , lepas tu terus INSTANT RESULT.

Tunggu ape lg.. jom booking your slot

gambar ehsan google.Resultnya seperti ni
Instant result dapat lepas rawatan pertama

yang ni gambar sebenar testimoni daripada pelanggan.Baru buat 2kali rawatan dah nampak cerah putih,masalah parut jeragat dah makin pudar.

dan yang ni result daripada testimoni diri sendiri dan pelanggan siti sendiri..




Mana nak cari facial yang terus dapat result sejurus habis facial?
Semua ada di Zaira Beauty Therapy..
Kalau berminat nak dapatkan result gempak macam ni,boleh terus berhubung dengan siti ye..

Fb-Zaira Beauty Therapy

Friday, October 12, 2018

PENJAGAAN SELEPAS BERBEKAM UNTUK DAPATKAN KESAN TERBAIK

INFO TAMBAHAN UNTUK DAPATKAN KESAN TERBAIK BERBEKAM

💖Tidak terus mandi selepas selesai berbekam. Paling cepat kalau terpaksa mandi juga ialah sekitar 5 hingga 7 jam selepas berbekam. Ini demi mengelakkan daripada luka bekam terbuka dan kembali berdarah yang seterusnya memungkinkan jangkitan di rumah. Mandi keesokan paginya adalah terbaik.

💖Mengambil minuman seperti susu kambing segar ataupun madu asli setelah selesai berbekam sebelum menjamah makanan lain yang berat. Ini demi mengembalikan tenaga badan dan semangat serta mempercepatkan proses pemulihan keseimbangan DARAH serta aktiviti metabolisma badan. Biasa badan orang yang baru dibekam agak lemah sedikit selepas sesi bekam selama 1 jam dan pening pening. Ini cuma masa transisi sebelum badan menjadi amat SEGAR DAN RINGAN. Jadinya madu asli atau susu kambing segar sangat penting di sini.

💖Tidak melakukan hubungan SEKS suami isteri selama 3 hari selepas berbekam. Ini akan  memberikan tenaga badan yang secukupnya bagi pelbagai proses detoks, metabolisma, dan lain lain selepas berbekam sebelum kesihatan dan aktiviti tubuh badan meningkat ke tahap yang paling efisien dan optimum.


KENALI JERAWAT ANDA



Hai buat ape tu?Sementara nak tunggu movie cinema omputeh start pukul 10malam ni tajuk "Con Air",siti nak share sedikit ilmu tentang musuh nombor 1 para wanita.Bila muncul je buat wanita jadi stress,tak keruan,mula lah segala macam petua mak nenek keluar nak bagi cepat kecut dan hilang parut tu nanti,tambah-tambah kalau sabtu ada jemputan kahwin.Malu lah wehh kalau ada naik sebijik jerawat,kan?jom kita kaji selidik dulu jerawat yang naik tu dari kategori mana..Baru lah senang nak atasi nanti.😋

Apa itu jerawat ( Acne )?

Dalam bahasa medikal, jerawat dikenali sebagai "acne bulgaris". Ianya terjadi apabila minyak diwajah (sebum), sel kulit mati tersumbat di liang-liang roma. Apabila liang tersumpat, maka terhasilnya jerawat. Jerawat akan mengundang bacteria yang menyebabkan keradangan.

Jenis-jenis jerawat yang paling biasa dikenali adalah whitehead, blackhead, papules(radang) dan pustules(bernanah), nodule, dan cyst. Nodule sangat jarang berlaku tapi lebih kurang sama seperti cyst. Malah lebih besar dan lebih menyakitkan.

1) Whitehead
Warnanya kelihatan seperti warna kulit, benjolan yang sangat kecil dipermukaan kulit. Sel kulit mati dan minyak tersumbat di dalam liang roma, dibawah permukaan kulit. Kebiasaannya whitehead bukan berwarna merah dan tidak radang. Whitehead sangat mudah dirawat dengan menggunakan pengelupasan kulit.

2) Blackheads
Blackhead sama seperti whitehead. Bezanya, Permukaan kulit yang terdedah pada udara bebabkan ia teroksida dan bertukar warna dari putih ke hitam. Permukaan blackheads terbuka, manakalabpermukaan whitehead tertutup. Ia juga boleh dirawat menggunakan pengelupasan kulit.

3) Papules (Benjolan Merah)
Papules terbentuk seperti benjolan kecil berwarna kemerahan akibat keradangan. Ia terjadi apabila whitehead dijangkiti bakteria lalu terjadinya keradangan. Papules kadangkala memedihkan. Jadi, seeloknya elakkan daripada memicit jerawat. Papule akan menjadi lebih teruk dan terjadinya pustules ( Jerawat bernanah)

4) Pustules( Benjolan merah & nanah)
Jerawat pustules ini berwarna merah terang, timbul bulat, dan ada warna kuning keputihan di bahagian tengah jerawat. Ia terjadi apabila bercampur minyak di muka(sebum),cell kulit mati dan bacteria yang semakin menimbul di permukaan kulit. Diingatkan, jangan korang pergi congkel ye. Nanti beri kesan parut jerawat.

5) Cyst (Sederhana teruk)
Cyst berwarna merah bengkak, sangat menyakitkan, nanah terbentuk dibawah permukaan kulit dan besar.Kebiasaannya ia dipengaruhi oleh peningkatan hormon dalam badan. Ia kekal di kulit muka selama berminggu.

6) Nodule (Sgt teruk)
Ia jarang berlaku. Ciri-cirinya lebih kurang sama seperti cyst, tetapi ia lebih besar,Jangkitan kuman berlaku dari kulit yang lebih dalam. Ia sgt sukar dirawat. Mengambil masa minggu dan bulan untuk sembuh. Dinasihatkan, untuk berjumpa pakar dermatology untuk terima rawatan.

Selain itu, ramai yang menggunakan istilah Jerawat  Pasir. Tapi apa tu jerawat pasir?

7) Jerawat Pasir.
Ramai orang yang suka sebut jerawat pasir. Perkataan ini familiar di Indonesia. Orang sebut jerawat pasir kerana jika kita sentuh permukaan kulit, ia terasa kasar seperti pasir, juga halus dan kecil-kecil. Actually jerawat ni tergolong dalam katergori jerawat ringan seperti whitehead atau bercampur blackhead (kadang-kadang terdapat segelintir papule & pustule).

Ok dah kenal apa jenis jerawat di wajah korang? Next step adalah mencari produk yang terbaik untuk merawat Jerawat korang tu.

Kalau korang tak cuba rawat dari dalam, 10 tahun pun jerawat tu susah nak hilang. Kita hentam makan berminyak dan berlemak tiap-tiap hari. Kalau minyak, kotoran dari dalam badan tak disingkirkan, hormon pula tak seimbang, jadi jangan harap nak dapat kulit wajah licin BEBAS Jerawat.

Okay,korang dah tau dan dah kenal dah jerawat yang naik nama dia siapa kan?Jadi,jangan suka-suka picit pakai kuku tau!

Kuku banyak kuman yang tak nampak.Bila pori yang ada jerawat tu terluka dan terbuka,bukan tambah baik tau bila picit guna kuku.Makin rosak muka anda,dan paling terkluk bila sebiji jerawat merebak jadi.....BANYAKKK!!!ohhh nooo😱😱😱😱

Atasi segera masalah ni.Hubungi saya untuk saya bantu masalah jerawat anda.

Kalau saya boleh hilangkan jerawat muka saya dan dapatkan semula muka yang bersih bebas jerawat,kenapa tidak saya bantu anda juga?

Ini jenis-jenis jerawat yang selalu naik.Macam macam nama ada kan?


Ini muka saya sebenar setahun yang lalu.Punca?Salah pakai produk kosmetik,salah pakai produk mekap yang murah.Akibatnya jerawat naik tak berhenti,kulit jadi kering tapi ada naik jerawat.Sakit-sakit muka saya hanya tuhan je yang tau😥😥😥

Jadi,sekarang ni saya dah dapatkan kembali muka saya yang asal..

Izinkan saya untuk membantu anda para wanita diluar sana untuk dapatkan kembali wajah anda semula.Agar tampil lebih berkeyakinan tinggi..
Insya Allah...
Ini wajah saya yang terkini bulan oktober 2018..

Tepuk dada,tanya hati..Selamat berhujung minggu!😍💖🌷


Monday, October 8, 2018

SEJARAH PENUBUHAN ZAIRA BEAUTY THERAPY


Harini saya nak memperkenalkan pemilik Zaira Beauty Therapy.Macam mana boleh tercetusnya idea untuk memiliki Spa sendiri.

Nama: Siti Muslihah
Umur: 28tahun
Status:berkahwin
           :ibu anak 2orang
Asal:Pasir gudang,Johor
Tempat tinggal terkini:Seremban


Penglibatan dalam dunia spa& kecantikan:

Tahun 2008 & 2009
bekerja secara part-time dengan spa kecil De'Linas Home Therapy di Taman cendana pasir gudang,Johor.Perawatan Islam bekam hijamah,reflexology,pembetulan tulang belakang(kiropraktik,rawatan facial resdung).Sambil tu jual produk HPA.Berhenti kerja sebab nak fokus dengan STPM.Kira masa tu belajar sambil bekerja.Balik sekolah tros ke tempat kerja sampai malam.

Tahun 2010-pertengahan 2012
Bekerja sepenuh masa sebagai pembantu kedai dan pembantu terapist di Linn Beauty Station Pasir Gudang Johor.Buat perawatan spa dan kecantikan.Antaranya facial treatment dan body treatment.Selain daripada tu juga menjadi jurujual produk kecantikan seperti sendayu tinggi,BML,Nouvelles Visages,Sri Mawar,Tia Amelia,Natasya dll.Berhenti kerja pada pertengahan 2012 sebab nak berkahwin hujung tahun 2012 dan berpindah ke seremban.

2013-2016
Sejak berkahwin jadi suri rumah sepenuh masa.Nak isi masa yang terluang mula berjinak-jinak menjual produk kecantikan secara online di Facebook.Masa tu ada Facebook je.Dan semakin aktif di Facebook..
Lepas melahirkan anak kedua,dah kurang aktif di Facebook atas kesibukan menguruskan rumahtangga.


bulan 11 2017 sehingga KINI
Atas keizinan Suami,pada penghujung bulan 11 tahun 2017,Tercetusnya ilham untuk membuka spa secara "homespa" yang diberi nama Leeya Beauty HomeSpa di Taman Tuanku Jaafar,Seremban.Bergiat aktif dalam servis facial dan spa secara bergerak rumah ke rumah sekitar senawang dan seremban.
Juga ada sediakan servis facial dan spa di rumah kediaman beliau di satu bilik khas untuk pelanggan yang nak datang buat dirumah.

Awal bulan Ogos 2018,kata sepakat telah dicapai untuk berpindah lokasi spa kami Di Kawasan Perindustrian Senawang Sentral.Juga telah menukarkan nama kepada Zaira Beauty Therapy.

Minat dalam dunia kecantikan selain daripada ilmu pengetahuan dan pengalaman daripada pelbagai sumber menjadikan keinginan yang kuat untuk buka Spa sendiri.

Selain daripada itu,keinginan nak bantu wanita-wanita diluar sana yang mempunyai pelbagai masalah kulit wajah namun tidak berkemampuan nak ke Spa terkemuka dengan cas harga yang lebih tinggi menguatkan lagi keinginan untuk memiliki spa sendiri.

Menggunakan Produk Berkualiti tinggi daripada Youth Skincare,beliau percaya dengan kualiti produk yang beliau gunakan di Spa milik beliau,mampu untuk membantu para wanita untuk tampil lebih cantik dan mempesona dan berkeyakinan tinggi.Walaupun diketahui umum,Harga Produk Youth Skin care keluaran Shaklee mencecah 2ratus ke seribu ringgit untuk satu set lengkap,tidak menghalang Puan Siti untuk tetap memakaikan kepada pelanggan-pelanggan beliau dalam setiap rawatan yang beliau lakukan.

Kadar rawatan Muka dan badan Yang ditawarkan juga sangat- sangat berpatutan dan mampu milik serendah RM30 mengikut kesesuaian jenis rawatan Muka.Manakala Untuk rawatan badan Serendah Rm50 untuk Sekali rawatan Ala-carte.Selain itu juga turut menawarkan pelbagai pakej rawatan yang ternyata lebih murah daripada rawatan secara ala-carte.

Untuk membuat rawatan di Spa milik beliau,disyorkan untuk membuat temujanji sebelum ke spa kerana dikhuatiri berlaku pertindihan dengan pelanggan lain selain daripada tempat rawatan yang terhad.

Dah kenal sedikit sebanyak tentang Pemilik Zaira Beauty Therapy?
Insya Allah,saya tak nak menjanjikan sampai kebulan bintang(overclaim) setiap masalah puan-puan hilang serta merta selepas buat rawatan dengan saya.Tapi,insya Allah saya boleh bantu merawat sampai jadi seperti mana saya merawat diri saya sendiri sampai pulih.Apa yang penting sejauh mana puan-puan dapat konsisten dengan setiap rawatan yang puan buat di Zaira Beauty Therapy.

Jangan ragu-ragu lagi..Cepat-cepat book rawatan untuk cuti sekolah tak lama lagi ni kan?
Kalau serasi,hebahkan pada kawan-kawan.Kalau ada kurang,beritahu saya untuk saya perbaiki kekurangan.


Jika puan-puan berminat untuk buat temujanji di Zaira Beauty Therapy,boleh hubungi Puan Siti di nombor yang tertera di bawah:
013-7022944

Waktu Operasi:  Setiap hari 10 pagi -8malam kecuali Selasa(tutup)

bukti sebelum Zaira Beauty Therapy,Puan Siti buat servis secara bergerak..Nama pun dulu Leeya Beauty HomeSpa

Yang terkini di Zaira Beauty Therapy

Salah seorang pelanggan yang menggunakan servis Puan Siti Secara Mobilespa semasa masih dengan Leeya Beauty HomeSpa.

Dah berpindah ke "spa sebenar".Lebih selesa dan lebih privasi.

Spa Puan Siti hanya terhad untuk 2orang pelanggan dalam satu masa disebabkan ruang Spa yang kecil dan terhad.

Produk Muka yang digunakan dalam rawatan muka di Spa beliau.Produk yang terkenal berkualiti tinggi.

Antara pakej yang ditawarkan

Nak pakej yang ringkas dan,cepat dan selesa juga ada

Malas nak buat sekali dengan facial?Nak buat spa badan je?Ado,jangan risau..

Kandungan bahan yang digunakan dalam rawatan lulur badan Zaira Beauty Therapy.Semua nya yang asli,lho!









Sunday, October 7, 2018

BEKAM AMALAN SUNNAH UNTUK KESIHATAN MENDATANG

Harini siti nak cerita pasal bekam..Bila kali terakhir anda berbekam?
Bulan lepas?
Minggu Lepas?
Tak pernah bekam seumur hidup??
Takut jarum?
Takut darah?

Berbekam ni baik untuk kesihatan mendatang..kita tak tau macam mana kesihatan kita akan datang..Sekarang memang kita sihat wal afiat,gagah perkasa,tak pernah kena sakit.Tapi akan datang?Bila kita makin berusia?Ingat ye,bila badan dalam keadaan sakit,tak boleh bekam ye sebab tak nak memudaratkan kesihatan..Bukan tu je,banyak lagi waktu-waktu yang tak boleh berbekam.Jom kita semak waktu yang kita pilih ni sesuai ke tidak nak berbekam.

WAKTU SESUAI BERBEKAM

💖Bila kita sudah betul betul bersedia untuk dibekam secara mental dan fizikal.
💖Waktu mana badan tidak lemah akibat demam misalnya atau terlalu penat akibat penyakit tertentu.
💖Waktu siang hari bermula jam 10 pagi hingga 5 petang (waktu Sabah). 💖Waktu terbaik sekitar jam 12 hingga 3 petang bila mana cuaca dan darah tengah panas. Waktu malam tidak sesuai berbekam bila mana aktiviti badan dah mula menurun dan cuaca mulai sejuk dan gelap.
💖Aktiviti makhluk yang tidak kelihatan juga meningkat pada malam hari terutama di kawasan yang adanya bau darah manusia. Beringat sebelum tersampuk atau kerasukan.
💖Perut yang kosong sekurang-kurangnya 2 jam sebelum berbekam..cth: kalau cadang mahu berbekam jam 12, jam 10 adalah terakhir kalau mahu makan atau sarapan yg berat.
💖Tidak dalam keadaan tergesa-gesa @ stress.
💖Kalau dalam kalendar bulan Islam (Hijrah), terbaik pada 17, 19 dan 21 haribulan setiap bulan. Cth: 19 hb Syawal..tetapi kalau dalam keadaan tekanan darah yg agak tinggi atau penyakit tertentu yg perlu SEGERA dibekam, boleh sahaja dibekam tanpa perlu menunggu tarikh tarikh 17, 19 dan 21 itu demi utk mengelakkan kemudaratan yang lebih BESAR seperti terkena STROK

##kredit info artikel daripada pengamal perubatan bekam hijamah


Monday, October 1, 2018

FACIAL ACNE TREATMENT

Adakah anda mempunyai masalah seperti berikut?
1.jerawat?
2.kusam?
3.berminyak?
4.pori-pori terbuka?
5.kulit tak bermaya?
6.komedo yang banyak??

Facial Acne Treatment dapat membantu masalah diatas!!
================================================

Dengan menggunakan kaedah "karen" dapat
-membantu mengurangkan masalah minyak muka
-mengecilkan pori-pori
-membunuh kuman akibat jerawat sekaligus mengecutkan jerawat
-membantu menghapuskan jerawat tanpa meninggalkan bekas hitam dimuka selepas dipicit
-melancarkan peredaran darah dimuka
-membantu melancarkan pertumbuhan sel kulit baru muka

Tambahan menggunakan serum berkualiti tinggi akan membantu mempercepatkan proses pengecutan jerawat hanya dengan RAWATAN PERTAMA!!

Tak percaya??
Cubalah!😊😊







PERBEZAAN FACIAL NORMAL DENGAN FACIAL TREATMENT

PERBEZAAN FACIAL NORMAL DENGAN FACIAL TREATMENT

"Sebulan sekali mesti mahu buat facial tau, kena jaga kulit muka sebelum muncul tanda penuaan. Ada banyak Chinese jaga muka betul-betul sampai kulit muka jadi berkilat.
Fuhh... ayat terakhir tu yang dengar tak boleh tahan... mesti sampai berkilat kulit muka ye...hahaha... Tapi memang diakui, saya pernah jumpa Chinese berkulit sampai tahap macam tu. So logik gak lah apa yang dia kata."

Ini kata mereka(beauty consultant aestetic dengan customer).

Apa itu facial normal?

Facial normal tu facial biasa,cuci biasa yang macam korang cuci dekat rumah tu.Apa yang bezanya cucian lebih mendalam dan dibuat oleh orang lain.Mungkin Korang pakai cleanser sekali je,tapi di spa atau pusat aestetic cuci sampai 3kali pun ada,tengok pada kondisi kulit korang.

Kalau nak yang ada proses pemulihan, perawatan, dan pemeliharaan kena ada perkataan "Treatment". Jadi kos agak tinggi bersesuaian dengan step yang perlu dibuat.

Facial treatment jugak ikut pada keperluan muka kita,bukan ikut selera kita.
Contoh,nya,
"Muka saya kusam.Saya nak facial normal jelah."
"Tiap-tiap bulan kita facial normal tapi tiada perubahan pun"

Kulit kusam perlukan rawatan muka pencerahan tanpa menyakitkan,tanpa pengelupasan yang teruk dan tanpa iritasi.Kemudian,disusuli dengan Produk muka gang bersesuaian untuk dipakai harian di rumah.

Apa yang beza facial sendiri dengan facial di spa adalah perawatan khusus,urutan khusus dan pemakaian masker khusus untuk masalah muka yang sedang dirawat.

Kami tak terus buat facial seperti yang anda inginkan,tapi kami akan memeriksa dulu kondisi kulit anda untuk dipadankan dengan facial treatment yang bersesuaian.

Dalam setiap perawatan kami ada urutan limpatik,tujuan untuk lancarkan pengaliran darah dimuka,supaya apa yang dipakaikan ketika tu akan meresap masuk terus kedalam dermis seterusnya memperbaiki kulit wajah daripada dalam.

Masa urut ni korang akan dapat rasa kaki korang tu suam-suam.Tandanya disebabkan urutan tu, aliran darah korang tu lancar dari kepala hingga ke kaki...selain tu muka korang yang dilapisi masker tadi akan turut rasa panas sebab aliran darah lancar menuju ke kulit muka. Tahu kan masker berfungsi menegangkan kulit muka dengan cara merangsang aliran darah ke situ? Bila buat urutan sekitar bahu aliran darah ke muka tu bertambah lancar.Maka semakin efektif lah masker tu tadi.

Penjagaan awal rawatan kulit muka ni boleh mencegah masalah kulit di kemudian hari.


Apa yang bezakan facial normal dengan facial treatment bergantung kepada penggunaan mesin teknologi.

Lupe nak bagitau,dalam step facial promo dengan kami,ada pakaikan serum jugak tau..SECARA PERCUMA!!!serum ikutlah masalah kulit akak-akak masa tu..takde kena cas pun..

Dalam Facial treatment di Zaira Beauty Therapy,eyemask dipakaikan secara "percuma"!!!..Eyemask ni best tau..sebab masker ni kena dekat kelopak mata kita sekali.Bukan Eye mask yang dijual kat luar tu..hanya pakai dekat kantung bawah mata je..Tapi dekat kelopak mata kita still gelap..dah kena pakai cover foundation tebal2 kat situ..bila berpeluh,keliling mata je putih..huhu

Gambar diatas juga termasuk dalam step facial treatment.sebelum pakai masker..