Friday, October 12, 2018

KENALI JERAWAT ANDA



Hai buat ape tu?Sementara nak tunggu movie cinema omputeh start pukul 10malam ni tajuk "Con Air",siti nak share sedikit ilmu tentang musuh nombor 1 para wanita.Bila muncul je buat wanita jadi stress,tak keruan,mula lah segala macam petua mak nenek keluar nak bagi cepat kecut dan hilang parut tu nanti,tambah-tambah kalau sabtu ada jemputan kahwin.Malu lah wehh kalau ada naik sebijik jerawat,kan?jom kita kaji selidik dulu jerawat yang naik tu dari kategori mana..Baru lah senang nak atasi nanti.πŸ˜‹

Apa itu jerawat ( Acne )?

Dalam bahasa medikal, jerawat dikenali sebagai "acne bulgaris". Ianya terjadi apabila minyak diwajah (sebum), sel kulit mati tersumbat di liang-liang roma. Apabila liang tersumpat, maka terhasilnya jerawat. Jerawat akan mengundang bacteria yang menyebabkan keradangan.

Jenis-jenis jerawat yang paling biasa dikenali adalah whitehead, blackhead, papules(radang) dan pustules(bernanah), nodule, dan cyst. Nodule sangat jarang berlaku tapi lebih kurang sama seperti cyst. Malah lebih besar dan lebih menyakitkan.

1) Whitehead
Warnanya kelihatan seperti warna kulit, benjolan yang sangat kecil dipermukaan kulit. Sel kulit mati dan minyak tersumbat di dalam liang roma, dibawah permukaan kulit. Kebiasaannya whitehead bukan berwarna merah dan tidak radang. Whitehead sangat mudah dirawat dengan menggunakan pengelupasan kulit.

2) Blackheads
Blackhead sama seperti whitehead. Bezanya, Permukaan kulit yang terdedah pada udara bebabkan ia teroksida dan bertukar warna dari putih ke hitam. Permukaan blackheads terbuka, manakalabpermukaan whitehead tertutup. Ia juga boleh dirawat menggunakan pengelupasan kulit.

3) Papules (Benjolan Merah)
Papules terbentuk seperti benjolan kecil berwarna kemerahan akibat keradangan. Ia terjadi apabila whitehead dijangkiti bakteria lalu terjadinya keradangan. Papules kadangkala memedihkan. Jadi, seeloknya elakkan daripada memicit jerawat. Papule akan menjadi lebih teruk dan terjadinya pustules ( Jerawat bernanah)

4) Pustules( Benjolan merah & nanah)
Jerawat pustules ini berwarna merah terang, timbul bulat, dan ada warna kuning keputihan di bahagian tengah jerawat. Ia terjadi apabila bercampur minyak di muka(sebum),cell kulit mati dan bacteria yang semakin menimbul di permukaan kulit. Diingatkan, jangan korang pergi congkel ye. Nanti beri kesan parut jerawat.

5) Cyst (Sederhana teruk)
Cyst berwarna merah bengkak, sangat menyakitkan, nanah terbentuk dibawah permukaan kulit dan besar.Kebiasaannya ia dipengaruhi oleh peningkatan hormon dalam badan. Ia kekal di kulit muka selama berminggu.

6) Nodule (Sgt teruk)
Ia jarang berlaku. Ciri-cirinya lebih kurang sama seperti cyst, tetapi ia lebih besar,Jangkitan kuman berlaku dari kulit yang lebih dalam. Ia sgt sukar dirawat. Mengambil masa minggu dan bulan untuk sembuh. Dinasihatkan, untuk berjumpa pakar dermatology untuk terima rawatan.

Selain itu, ramai yang menggunakan istilah Jerawat  Pasir. Tapi apa tu jerawat pasir?

7) Jerawat Pasir.
Ramai orang yang suka sebut jerawat pasir. Perkataan ini familiar di Indonesia. Orang sebut jerawat pasir kerana jika kita sentuh permukaan kulit, ia terasa kasar seperti pasir, juga halus dan kecil-kecil. Actually jerawat ni tergolong dalam katergori jerawat ringan seperti whitehead atau bercampur blackhead (kadang-kadang terdapat segelintir papule & pustule).

Ok dah kenal apa jenis jerawat di wajah korang? Next step adalah mencari produk yang terbaik untuk merawat Jerawat korang tu.

Kalau korang tak cuba rawat dari dalam, 10 tahun pun jerawat tu susah nak hilang. Kita hentam makan berminyak dan berlemak tiap-tiap hari. Kalau minyak, kotoran dari dalam badan tak disingkirkan, hormon pula tak seimbang, jadi jangan harap nak dapat kulit wajah licin BEBAS Jerawat.

Okay,korang dah tau dan dah kenal dah jerawat yang naik nama dia siapa kan?Jadi,jangan suka-suka picit pakai kuku tau!

Kuku banyak kuman yang tak nampak.Bila pori yang ada jerawat tu terluka dan terbuka,bukan tambah baik tau bila picit guna kuku.Makin rosak muka anda,dan paling terkluk bila sebiji jerawat merebak jadi.....BANYAKKK!!!ohhh nooo😱😱😱😱

Atasi segera masalah ni.Hubungi saya untuk saya bantu masalah jerawat anda.

Kalau saya boleh hilangkan jerawat muka saya dan dapatkan semula muka yang bersih bebas jerawat,kenapa tidak saya bantu anda juga?

Ini jenis-jenis jerawat yang selalu naik.Macam macam nama ada kan?


Ini muka saya sebenar setahun yang lalu.Punca?Salah pakai produk kosmetik,salah pakai produk mekap yang murah.Akibatnya jerawat naik tak berhenti,kulit jadi kering tapi ada naik jerawat.Sakit-sakit muka saya hanya tuhan je yang tauπŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯

Jadi,sekarang ni saya dah dapatkan kembali muka saya yang asal..

Izinkan saya untuk membantu anda para wanita diluar sana untuk dapatkan kembali wajah anda semula.Agar tampil lebih berkeyakinan tinggi..
Insya Allah...
Ini wajah saya yang terkini bulan oktober 2018..

Tepuk dada,tanya hati..Selamat berhujung minggu!πŸ˜πŸ’–πŸŒ·


No comments:

Post a Comment