Sunday, October 7, 2018

BEKAM AMALAN SUNNAH UNTUK KESIHATAN MENDATANG

Harini siti nak cerita pasal bekam..Bila kali terakhir anda berbekam?
Bulan lepas?
Minggu Lepas?
Tak pernah bekam seumur hidup??
Takut jarum?
Takut darah?

Berbekam ni baik untuk kesihatan mendatang..kita tak tau macam mana kesihatan kita akan datang..Sekarang memang kita sihat wal afiat,gagah perkasa,tak pernah kena sakit.Tapi akan datang?Bila kita makin berusia?Ingat ye,bila badan dalam keadaan sakit,tak boleh bekam ye sebab tak nak memudaratkan kesihatan..Bukan tu je,banyak lagi waktu-waktu yang tak boleh berbekam.Jom kita semak waktu yang kita pilih ni sesuai ke tidak nak berbekam.

WAKTU SESUAI BERBEKAM

đź’–Bila kita sudah betul betul bersedia untuk dibekam secara mental dan fizikal.
đź’–Waktu mana badan tidak lemah akibat demam misalnya atau terlalu penat akibat penyakit tertentu.
đź’–Waktu siang hari bermula jam 10 pagi hingga 5 petang (waktu Sabah). đź’–Waktu terbaik sekitar jam 12 hingga 3 petang bila mana cuaca dan darah tengah panas. Waktu malam tidak sesuai berbekam bila mana aktiviti badan dah mula menurun dan cuaca mulai sejuk dan gelap.
đź’–Aktiviti makhluk yang tidak kelihatan juga meningkat pada malam hari terutama di kawasan yang adanya bau darah manusia. Beringat sebelum tersampuk atau kerasukan.
đź’–Perut yang kosong sekurang-kurangnya 2 jam sebelum berbekam..cth: kalau cadang mahu berbekam jam 12, jam 10 adalah terakhir kalau mahu makan atau sarapan yg berat.
đź’–Tidak dalam keadaan tergesa-gesa @ stress.
đź’–Kalau dalam kalendar bulan Islam (Hijrah), terbaik pada 17, 19 dan 21 haribulan setiap bulan. Cth: 19 hb Syawal..tetapi kalau dalam keadaan tekanan darah yg agak tinggi atau penyakit tertentu yg perlu SEGERA dibekam, boleh sahaja dibekam tanpa perlu menunggu tarikh tarikh 17, 19 dan 21 itu demi utk mengelakkan kemudaratan yang lebih BESAR seperti terkena STROK

##kredit info artikel daripada pengamal perubatan bekam hijamah


No comments:

Post a Comment