Monday, October 8, 2018

SEJARAH PENUBUHAN ZAIRA BEAUTY THERAPY


Harini saya nak memperkenalkan pemilik Zaira Beauty Therapy.Macam mana boleh tercetusnya idea untuk memiliki Spa sendiri.

Nama: Siti Muslihah
Umur: 28tahun
Status:berkahwin
           :ibu anak 2orang
Asal:Pasir gudang,Johor
Tempat tinggal terkini:Seremban


Penglibatan dalam dunia spa& kecantikan:

Tahun 2008 & 2009
bekerja secara part-time dengan spa kecil De'Linas Home Therapy di Taman cendana pasir gudang,Johor.Perawatan Islam bekam hijamah,reflexology,pembetulan tulang belakang(kiropraktik,rawatan facial resdung).Sambil tu jual produk HPA.Berhenti kerja sebab nak fokus dengan STPM.Kira masa tu belajar sambil bekerja.Balik sekolah tros ke tempat kerja sampai malam.

Tahun 2010-pertengahan 2012
Bekerja sepenuh masa sebagai pembantu kedai dan pembantu terapist di Linn Beauty Station Pasir Gudang Johor.Buat perawatan spa dan kecantikan.Antaranya facial treatment dan body treatment.Selain daripada tu juga menjadi jurujual produk kecantikan seperti sendayu tinggi,BML,Nouvelles Visages,Sri Mawar,Tia Amelia,Natasya dll.Berhenti kerja pada pertengahan 2012 sebab nak berkahwin hujung tahun 2012 dan berpindah ke seremban.

2013-2016
Sejak berkahwin jadi suri rumah sepenuh masa.Nak isi masa yang terluang mula berjinak-jinak menjual produk kecantikan secara online di Facebook.Masa tu ada Facebook je.Dan semakin aktif di Facebook..
Lepas melahirkan anak kedua,dah kurang aktif di Facebook atas kesibukan menguruskan rumahtangga.


bulan 11 2017 sehingga KINI
Atas keizinan Suami,pada penghujung bulan 11 tahun 2017,Tercetusnya ilham untuk membuka spa secara "homespa" yang diberi nama Leeya Beauty HomeSpa di Taman Tuanku Jaafar,Seremban.Bergiat aktif dalam servis facial dan spa secara bergerak rumah ke rumah sekitar senawang dan seremban.
Juga ada sediakan servis facial dan spa di rumah kediaman beliau di satu bilik khas untuk pelanggan yang nak datang buat dirumah.

Awal bulan Ogos 2018,kata sepakat telah dicapai untuk berpindah lokasi spa kami Di Kawasan Perindustrian Senawang Sentral.Juga telah menukarkan nama kepada Zaira Beauty Therapy.

Minat dalam dunia kecantikan selain daripada ilmu pengetahuan dan pengalaman daripada pelbagai sumber menjadikan keinginan yang kuat untuk buka Spa sendiri.

Selain daripada itu,keinginan nak bantu wanita-wanita diluar sana yang mempunyai pelbagai masalah kulit wajah namun tidak berkemampuan nak ke Spa terkemuka dengan cas harga yang lebih tinggi menguatkan lagi keinginan untuk memiliki spa sendiri.

Menggunakan Produk Berkualiti tinggi daripada Youth Skincare,beliau percaya dengan kualiti produk yang beliau gunakan di Spa milik beliau,mampu untuk membantu para wanita untuk tampil lebih cantik dan mempesona dan berkeyakinan tinggi.Walaupun diketahui umum,Harga Produk Youth Skin care keluaran Shaklee mencecah 2ratus ke seribu ringgit untuk satu set lengkap,tidak menghalang Puan Siti untuk tetap memakaikan kepada pelanggan-pelanggan beliau dalam setiap rawatan yang beliau lakukan.

Kadar rawatan Muka dan badan Yang ditawarkan juga sangat- sangat berpatutan dan mampu milik serendah RM30 mengikut kesesuaian jenis rawatan Muka.Manakala Untuk rawatan badan Serendah Rm50 untuk Sekali rawatan Ala-carte.Selain itu juga turut menawarkan pelbagai pakej rawatan yang ternyata lebih murah daripada rawatan secara ala-carte.

Untuk membuat rawatan di Spa milik beliau,disyorkan untuk membuat temujanji sebelum ke spa kerana dikhuatiri berlaku pertindihan dengan pelanggan lain selain daripada tempat rawatan yang terhad.

Dah kenal sedikit sebanyak tentang Pemilik Zaira Beauty Therapy?
Insya Allah,saya tak nak menjanjikan sampai kebulan bintang(overclaim) setiap masalah puan-puan hilang serta merta selepas buat rawatan dengan saya.Tapi,insya Allah saya boleh bantu merawat sampai jadi seperti mana saya merawat diri saya sendiri sampai pulih.Apa yang penting sejauh mana puan-puan dapat konsisten dengan setiap rawatan yang puan buat di Zaira Beauty Therapy.

Jangan ragu-ragu lagi..Cepat-cepat book rawatan untuk cuti sekolah tak lama lagi ni kan?
Kalau serasi,hebahkan pada kawan-kawan.Kalau ada kurang,beritahu saya untuk saya perbaiki kekurangan.


Jika puan-puan berminat untuk buat temujanji di Zaira Beauty Therapy,boleh hubungi Puan Siti di nombor yang tertera di bawah:
013-7022944

Waktu Operasi:  Setiap hari 10 pagi -8malam kecuali Selasa(tutup)

bukti sebelum Zaira Beauty Therapy,Puan Siti buat servis secara bergerak..Nama pun dulu Leeya Beauty HomeSpa

Yang terkini di Zaira Beauty Therapy

Salah seorang pelanggan yang menggunakan servis Puan Siti Secara Mobilespa semasa masih dengan Leeya Beauty HomeSpa.

Dah berpindah ke "spa sebenar".Lebih selesa dan lebih privasi.

Spa Puan Siti hanya terhad untuk 2orang pelanggan dalam satu masa disebabkan ruang Spa yang kecil dan terhad.

Produk Muka yang digunakan dalam rawatan muka di Spa beliau.Produk yang terkenal berkualiti tinggi.

Antara pakej yang ditawarkan

Nak pakej yang ringkas dan,cepat dan selesa juga ada

Malas nak buat sekali dengan facial?Nak buat spa badan je?Ado,jangan risau..

Kandungan bahan yang digunakan dalam rawatan lulur badan Zaira Beauty Therapy.Semua nya yang asli,lho!









No comments:

Post a Comment