Tuesday, October 23, 2018

INI SEBABNYA RAWATAN DERMAPEN MENJADI SEBUTAN DI ZAIRA BEAUTY THERAPY

SEMAKIN RAMAI PENASARAN APA TU DERMAPEN?


Assalammualaikum...
Selamat Malam...
Apa khabar semua?Alhamdulillah siti sihat walafiat...

(jangan keliru tau.ni nama spa siti yang asal sebelum tukar kepada Zaira Beauty Therapy)

Maaf ye dah lama tak update kat blog.Kesibukan mengurus pelbagai kerja.Hampir-hampir berhabuk blog siti.
Owhh ye..sebenarnya siti cari masa yang sesuai untuk siti paparkan dekat sini tentang feedback-feedback yang siti terima susulan daripada rawatan Dermapen Microneedling ni.
Selain tu juga,masih ramai lagi yang tertanya-tanya,terbayang-bayang macam mana rupanya ye Dermapen ni kan?
Sampaikan boleh buat muka yang "breakout teruk" kembali cantik peloles.
Daripada jeragat tebal boleh licin
Daripada kulit muka seperti "tar jalan" boleh licin hilang segala lekuk-lekuk parut ni.
Betul tak?

Oklah..Kalau anda rajin baca entri lepas-lepas siti tentang Rawatan Dermapen ni,insya Allah,anda dah boleh dapat bayangan nya macam mana.

Rawatan Dermapen ni bukan pertama kali ada ye.Sebenarnya dah lama ada,malah yang paling memonopoli Rawatan kecantikan terkini dan tercanggih ni tak lain tak bukan Artis-Artis Barat.Mereka lebih maju selangkah kehadapan berkaitan Dunia Teknologi kecantikan.Sebut sahaja nama Rawatan-rawatan muka terkini,mereka dah mendahului kita di Malaysia ni.

Okay,tak nak buang masa dengan celoteh siti ni.Sebab kalau siti dah "membebel" satu muka blog pun takde kesudahan.

Jom cuci mata sikit malam ni dengan koleksi Testimoni feedback yang siti terima dari pelanggan yang dah rasa "air tangan" siti ni.Sekaligus sudi kongsikan "feedback positive" yang mereka dapat daripada Rawatan Dermapen di Zaira Beauty Therapy.

Pelanggan ni asal mukanya merah pinkish-pinkish.Jenis muka normal ke kering.Ada sedikit jeragat halus tepi mata dan ada masalah kedutan didahi..
Result selepas 2hari buat rawatan dermapen.2hari tau,bukan 2minggu,bukan 2bulan..Ini antara sebab kenapa Rawatan dermapen ni jadi kegilaan artis artis kini.Sebab instant result dapat tau..
Di Zaira Beauty Therapy,siti lebih senang untuk ikut keselesaan pelanggan-pelanggan siti.Ada yang nak buat dalam sampai 2mm,ada yang tak nak dalam sangat.Tapi ini semua ikut masalah kulit anda tau.Siti akan consult dulu sebelum buat kata putus.macam gambar yang pertama sekali diatas..ada 4tahap merah tu kan?tu guna kedalaman 2.5mm..paling dalam..sebab tu darahnya banyak..jadi merahnya pun pekat..tapi,pengelupasannya pun jadi tebal,parutnya pun jadi cepat puar..nombor 4 tu hari kedua lepas rawatan dermapen,dimana merah muka dah makin kurang,kulit makin glowing,rasa lembut macam kulit baby,tempat yang ada parut hitam jerawat terus mengelupas halus je..waktu ni hanya pakai serum hydrating dan serum purifying je sbb ada masalah jerawat pasir akibat daripada salah pakai produk.
Result yang dapat lepas rawatan ni bergantung pada "kedalaman jarum" yang dipersetujui bersama.Macam pelanggan ni dia ada masalah parut lekuk jerawat.Mostly rawatan muka yang biasa takkan boleh nak hilang.Kena buat rawatan muka yang berkualiti macam Rawatan laser,carbon peel,dermabrassion dan dermapen.Tapi dalam banyak2 rawatan yang berikan kesan yang cepat adalah Rawatan Dermapen ni sendiri.Rawatan laser pun lepas sebulan baru nampak kesan,itu pun bergantung kepada masalah muka.Jadi kalau parut lekuk ni kena buat banyak kali lah kan baru nampak licin,btol tak?
Jadi kalau nak dapat result gempak,siti sarankan untuk buat kedalaman 1mm keatas.Dan lepas buat tu pun muka akan nampak merah sebab siti dah "kejutkan" kolagen-kolagen muka yang dah la tidur untuk bekerja keras "merepair" masalah muka anda dengan cepat.Muka je merah tapi langsung takde sakit sebab sebelum tu siti dah sapukan siap-siap ubat kebas kat muka anda..hehe..Jadi sempatlah kalau nak lelap kejap..kan..kan..Merah tu pun akan kurang sebelum anda balik sebab siti akan pakaikan masker cooling yang akan redakan merah tu dan masker kolagen untuk bagi lembapkan kulit muka sekaligus "insert" kan sekali function collagen mask tu dalam kulit anda..Kan kulit anda tengah terbuka lepas kena "stamping" dengan dermapen kan?
Rawatan dermapen ni pun "ada downtime" nya tau.Maksudnya kalau anda jenis dah pakai produk peeling sebelum ni,anda kena "free" kan muka dulu sebelum buat rawatan ni.Lepas dah buat rawatan ni pun kena "free" kan lagi muka daripada mekap dan produk muka dalam tempoh 24jam.jadi selama masa "free" kan muka tu,anda hanya boleh pakai serum natural @ pelembap muka untuk kulit sensitif macam produk cetaphil @ krim atau gel hydrating kalau muka terlalu kering.Tapi kalau anda buat rawatan ni dengan siti,siti akan guide anda sampai berjaya..Dengan siti,hanya pakai serum hydrating dan serum ikut masalah muka daripada produk sensual plus serum.
Insya Allah,serum ni takkan bakarkan kulit anda lepas rawatan tu.Jangan sesekali pakai "azanis scar serum" lepas rawatan ni ye,nanti anda akan rasa pedih sampai rasa macam terbakar kulit muka.
Sebab tu siti bagitau,Siti akan guide "do's" dan "dont's" sebelum dan selepas rawatan.

Siti akan bantu sampai anda puas hati.Selebihnya keputusan ditangan anda.
Semakin cepat anda bertindak,semakin cepat anda dapat keputusan.(cehh..dah macam belajar sains lah pulokk..haha)




4 comments: