Friday, October 12, 2018

PENJAGAAN SELEPAS BERBEKAM UNTUK DAPATKAN KESAN TERBAIK

INFO TAMBAHAN UNTUK DAPATKAN KESAN TERBAIK BERBEKAM

đź’–Tidak terus mandi selepas selesai berbekam. Paling cepat kalau terpaksa mandi juga ialah sekitar 5 hingga 7 jam selepas berbekam. Ini demi mengelakkan daripada luka bekam terbuka dan kembali berdarah yang seterusnya memungkinkan jangkitan di rumah. Mandi keesokan paginya adalah terbaik.

đź’–Mengambil minuman seperti susu kambing segar ataupun madu asli setelah selesai berbekam sebelum menjamah makanan lain yang berat. Ini demi mengembalikan tenaga badan dan semangat serta mempercepatkan proses pemulihan keseimbangan DARAH serta aktiviti metabolisma badan. Biasa badan orang yang baru dibekam agak lemah sedikit selepas sesi bekam selama 1 jam dan pening pening. Ini cuma masa transisi sebelum badan menjadi amat SEGAR DAN RINGAN. Jadinya madu asli atau susu kambing segar sangat penting di sini.

đź’–Tidak melakukan hubungan SEKS suami isteri selama 3 hari selepas berbekam. Ini akan  memberikan tenaga badan yang secukupnya bagi pelbagai proses detoks, metabolisma, dan lain lain selepas berbekam sebelum kesihatan dan aktiviti tubuh badan meningkat ke tahap yang paling efisien dan optimum.


No comments:

Post a Comment