Monday, October 1, 2018

PERBEZAAN FACIAL NORMAL DENGAN FACIAL TREATMENT

PERBEZAAN FACIAL NORMAL DENGAN FACIAL TREATMENT

"Sebulan sekali mesti mahu buat facial tau, kena jaga kulit muka sebelum muncul tanda penuaan. Ada banyak Chinese jaga muka betul-betul sampai kulit muka jadi berkilat.
Fuhh... ayat terakhir tu yang dengar tak boleh tahan... mesti sampai berkilat kulit muka ye...hahaha... Tapi memang diakui, saya pernah jumpa Chinese berkulit sampai tahap macam tu. So logik gak lah apa yang dia kata."

Ini kata mereka(beauty consultant aestetic dengan customer).

Apa itu facial normal?

Facial normal tu facial biasa,cuci biasa yang macam korang cuci dekat rumah tu.Apa yang bezanya cucian lebih mendalam dan dibuat oleh orang lain.Mungkin Korang pakai cleanser sekali je,tapi di spa atau pusat aestetic cuci sampai 3kali pun ada,tengok pada kondisi kulit korang.

Kalau nak yang ada proses pemulihan, perawatan, dan pemeliharaan kena ada perkataan "Treatment". Jadi kos agak tinggi bersesuaian dengan step yang perlu dibuat.

Facial treatment jugak ikut pada keperluan muka kita,bukan ikut selera kita.
Contoh,nya,
"Muka saya kusam.Saya nak facial normal jelah."
"Tiap-tiap bulan kita facial normal tapi tiada perubahan pun"

Kulit kusam perlukan rawatan muka pencerahan tanpa menyakitkan,tanpa pengelupasan yang teruk dan tanpa iritasi.Kemudian,disusuli dengan Produk muka gang bersesuaian untuk dipakai harian di rumah.

Apa yang beza facial sendiri dengan facial di spa adalah perawatan khusus,urutan khusus dan pemakaian masker khusus untuk masalah muka yang sedang dirawat.

Kami tak terus buat facial seperti yang anda inginkan,tapi kami akan memeriksa dulu kondisi kulit anda untuk dipadankan dengan facial treatment yang bersesuaian.

Dalam setiap perawatan kami ada urutan limpatik,tujuan untuk lancarkan pengaliran darah dimuka,supaya apa yang dipakaikan ketika tu akan meresap masuk terus kedalam dermis seterusnya memperbaiki kulit wajah daripada dalam.

Masa urut ni korang akan dapat rasa kaki korang tu suam-suam.Tandanya disebabkan urutan tu, aliran darah korang tu lancar dari kepala hingga ke kaki...selain tu muka korang yang dilapisi masker tadi akan turut rasa panas sebab aliran darah lancar menuju ke kulit muka. Tahu kan masker berfungsi menegangkan kulit muka dengan cara merangsang aliran darah ke situ? Bila buat urutan sekitar bahu aliran darah ke muka tu bertambah lancar.Maka semakin efektif lah masker tu tadi.

Penjagaan awal rawatan kulit muka ni boleh mencegah masalah kulit di kemudian hari.


Apa yang bezakan facial normal dengan facial treatment bergantung kepada penggunaan mesin teknologi.

Lupe nak bagitau,dalam step facial promo dengan kami,ada pakaikan serum jugak tau..SECARA PERCUMA!!!serum ikutlah masalah kulit akak-akak masa tu..takde kena cas pun..

Dalam Facial treatment di Zaira Beauty Therapy,eyemask dipakaikan secara "percuma"!!!..Eyemask ni best tau..sebab masker ni kena dekat kelopak mata kita sekali.Bukan Eye mask yang dijual kat luar tu..hanya pakai dekat kantung bawah mata je..Tapi dekat kelopak mata kita still gelap..dah kena pakai cover foundation tebal2 kat situ..bila berpeluh,keliling mata je putih..huhu

Gambar diatas juga termasuk dalam step facial treatment.sebelum pakai masker..

No comments:

Post a Comment